Friday, February 15, 2013

Disebalik Ancaman Arab Spring Anwar di Malaysia

ANWAR mengakui akan mengadakan huruhara ala "Arab Spring" di Malaysia jika pakatan kalah dalam PRU-13.

Anwar menuduh kalau pakatan kalah, kerana SPR tidak telus dan daftar pengundi tidak bersih.

Hanya kemenangan Pakatan sahaja mengesahkan bahawa SPR telus dan daftar pemilih bersih.

Jika demikian pendapat Anwar, maka pada negeri-negeri yang pakatan kuasai pada PRU-12 seperti Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, maka SPR menjalankan kerja-kerja telus dan daftar pemilih bersih di negeri-neeri itu.

Sekiranya pada PRU-13, berlaku perubahan pada negeri-negeri yang dikuasai pakatan pada PRU-12, akan pula menyokong Bn, maka tidak wajar Anwar mempertikai SPR dan daftar pemilih.

Kenyataan Anwar bahawa beliau akan melakukan huruhara selepas PRU-13, jika pakatan gagal merampas Putrajaya, adalah berbentuk ancaman kepada rakyat. Anwar mahu rakyat supaya tiada pilihan, rakyat perlu memilih pakatan, jika tidak mahu huruhara berlaku.

Kenyataan Anwar berhubung huruhara itu, semakin diyakini akan berlaku, kerana Awar mampu melakukannya, kerana itulah kepakarannya.

Tun Dr Mahathir sendiri mengakui kepakaran Anwar itu. Misalnya kata Tun Dr Mahathir, pada tahun 1974, Anwar mampu mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran kerana isu kononya ada seorang budak mati kebuluran di Baling, Kedah.

Kemampuan Anwar mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran, telah dibuktikan sejak tahun 1998 dan puncaknya pada 12 januari lalu.

Jika Anwar kalah, maka tunjuk perasaan akan diatur saban hari di ibu negara Kuala Lumpur, agar supaya perekonomian negara akan lumpuh. 

Selain itu, Anwar akan mendapat simpati negara asing dan seterusnya negara asing sekutu beliau akan membuat tindakan seperti sekatan perdagangan, sekatan diplomatik, untuk mendorong kerajaan yang dipilih rakyat menyerahkan kuasa.

Setidak-tidaknya itulah perkiraan Anwar. Namun Anwar tidak terpikirkan, bahawa pihak kerajaan yang ditumbangkan juga akan mampu melakukan tindakan lebih dahsyat seperti yang Anwar lalukan.

Jika ini berlaku, maka hancurlah negara. Anwar tidak akan mampu menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri, jika saban hari ratus ribu rakyat penyokong Bn pula berdemonstrasi di Putrajaya dan kemungkinan perang saudara berlaku.

Sehubungan kenyataan ancaman Anwar itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat negara ini supaya tidak mengikut masyarakat di sesetengah negara Islam di Timur Tengah yang mahu membuat perubahan melalui kekerasan sehingga mengorbankan banyak nyawa.

Sebaliknya, mereka perlu bersyukur dengan kemakmuran yang dikecapi negara pada masa ini sehingga Malaysia mampu menjadi sebuah negara Islam yang maju dalam pelbagai bidang dan ingin dicontohi negara Islam lain.

"Umat Islam di Malaysia harus bersyukur kerana mereka hidup dalam sebuah negara yang aman, makmur dan berjaya membangun sebagai contoh yang ingin dicontohi oleh negara-negara Islam lain," 

Menurut Muhyiddin lagi, paling membanggakan negara berjaya memupuk ukhwah bukan sahaja antara sesama Islam tetapi antara masyarakat Islam dengan bukan Islam sehingga ia menjadi satu model sebuah negara Islam yang baik.

"Kita saling hormat-menghormati antara satu sama lain sehingga kita berjaya mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu tanpa mengira agama," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata dengan perdamaian dan perpaduan itulah akan dapat digunakan untuk membangunkan umat Islam dalam bidang iktisad, sahsiah, pendidikan dan budaya.

"Kita nak melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang maju dalam pelbagai bidang yang bukan hanya dalam hubungan antara sesama sendiri tetapi maju dalam bidang pembangunan minda, pendidikan, iktisad dan lain-lain," katanya.

No comments:

Blog Archive