Zain dan Rozita |
SETELAH meluahkan rasa cintanya kepada Rozita Che Wan menerusi akaun sosial Twitter baru-baru ini, Zain Saidin akhirnya mengakui berhasrat menyunting aktres itu sebagai suri hidupnya.
Zain berkata, jika ada rezeki dan jodoh, dia dan Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta akan melangsungkan perkahwinan hujung tahun ini. "Saya sudah berbincang dengan Che Ta berkaitan perkara ini dan dia menyerahkan segalanya kepada saya.
"Jadi saya perlu membuat persiapan dengan menyimpan wang yang cukup untuk majlis perbelanjaan perkahwinan kerana saya adalah lelaki.
"Bagaimanapun, semuanya terletak kepada rezeki, jika ada rezeki, kami akan berkahwin mengikut perancangan," katanya kepada Sinar Harian Online, kelmarin.
Jejaka kacukan Melayu-Inggeris ini berkata, dia berharap pengakuannya ini akan menutup segala cerita negatif berkaitan Che Ta, termasuk mempunyai hubungan dengan lelaki lain.
"Saya dan Che Ta memang serius. Jadi saya harap, tidak ada lagi cerita mengarut mengaitkan dia dengan lelaki itu dan ini, kerana dia dan saya memang serius sekarang," katanya.
No comments:
Post a Comment