Friday, December 28, 2012

Isu Kalimah ALLAH: Guan Eng perlekeh Anwar

ISU Kalimah ALLAH yang dibangkitkan oleh Lim Guan Eng dalam perutusan Hari Natalnya sebenarnya memperlekeh Anwar Ibrahim.

Meskipun telah ada persetujuan awal antara tiga parti itu, namun persetujuan itu tidak digunapakai oleh DAP.

Di kalangan Pembangkang mengharapkan agar Anwar Ibrahim mampu menangani isu-isu yang dibangkitkan oleh parti-parti Pakatan Rakyat atas kapasitinya sebagai defacto leader Pakatan Rakyat ternyata meleset apabila Lim Guan Eng tidak ambil peduli.

Meskipun Anwar menyatakan bahawa isu Kalimah ALLAH seharusnya telah selesai kerana dipersetujui bersama dan kemudian pernyataan bersama berhubung isu itu telahpun dikeluarkan.

Berkaitan dengan isu ini lah rakyat perlu menilai sejauh mana kemampuan Anwar mengawal para pemimpin parti-parti dalam Pakatan. Lantangnya Lim Guan Eng mendesak agar Kalimah ALLAH digunapakai dalam kitab injil versi bahasa Melayu untuk menggantikan "god" menunjukkan bahawa persetujuan dengan PKR dan PAS tidak dihormati.

Ada sesuatu yang tersirat berhubung enggannya Lim Guan Eng menghormati persetujuan berhubung Kalimah Allah yang telah disepekati sebelumnya, kerana besar kemungkinan Guan Eng melihat sendiri tingkah laku Anwar berserta para pemimpin terutamanya daripada PKR.

Guan Eng melihat bahawa Anwar adalah pengamal agama majmuk; atas sebab itu beliau mengiktiraf LGBT, pengiktirafan itu memberi ruang kepada Setiausaha Agung DAP itu untuk percaya bahawa pegangan Anwar terhadap agama islam telah longgar.

Melalui keyakinan Guan Eng itu, maka tidak menjadi masalah baginya untuk membangkitkan isu Kalimah ALLAH; agar penganut agama kristian dibenarkan menggunakan ALLAH bagi mengantikan "god". ( Di Indonesia ALLAH dieja sebagai Alah dalam Al-Kitab).

Seperti yang diduga, Anwar memberi reaksi menggunakan bahasa politik, bahawa beliau akan memanggil mesyuarat khas antara para pemimpin Pakatan Rakyat untuk membincangkan isu itu, sambil mendakwa bahawa isu adalah isu sensitif. Namun Anwar tidak menjelaskan sensitif terhadap siapa atau agama mana.

Sekiranya Anwar mengambikira latar belakangnya di mana suatu masa dahulu beliau adalah pejuang islam melalui ABIM dan pendirian sebahagian pemimpin PAS ( Nik Aziz dan Haji Hadi belum memberi sebarang komen berhubung desakan Lim Guan Eng) sudah tentunya, beliau akan akur terhadap pendirian kerajaan bahawa adalah dilarang menggunakan kalimah ALLAH dalam kitab injil versi Bahasa melayu yang diedarkan di Semenanjung. Namun, jika Anwar telah melupakan latarbelakangnya itu dan tidak ambil peduli berhubung pendirian sebahagaian pemimpin PAS, maka ada kemungkinan Anwar akan setuju apa yang Lim Guan Eng kehendaki. Jika sebaliknya berlaku, maka Anwar akan dianggap oleh Guan Eng dan pemimpin DAP masih condong kepada agama islam.

Isu Kalimah ALLAH akan terus menjadi duri dalam daging antara PAS dan DAP, namun belum jelas pula dalam PKR, kerana para pemimpin PKR senantiasa berubah-ubah demi matalamat politik.

No comments:

Blog Archive