Tuesday, November 13, 2012

Nurul Izzah mempersenda Islam: Pas nampaknya bersetuju

Laporan portal berita pro pembangkang pada 3 Nov memetik Nurul Izzah sebagai berkata:

Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.

“Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama…bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata,” katanya.

Beliau berkata demikian pada forum bertajuk ‘Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?’ di Subang Jaya pada 3 Nov.

Kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar bahawa orang Melayu Islam boleh memilih agama di bawah faktor kebebasan agama boleh menimbulkan suasana yang bukan sahaja sensitif tetapi boleh menimbulkan kemarahan.

Mengapa PAS menyokong kenyataan Nurul itu? sedangkan sebelum ini parti itu begitu lantang mengkafirkan Umno kerana berkerjasama dengan MCA dan Gerakan.

Namun kenyataan  sensitif  Nurul Izzah , boleh diterima pula oleh PAS, ini  menunjukkan pemimpin parti itu  tidak konsisten dalam pendirian mereka.

No comments:

Blog Archive