Thursday, November 15, 2012

DG Kementerian Kesihatan Malaysia: Cinta tak kenal isteri orang kah atau bukan

AKIBAT cinta, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia- Datuk Seri Dr Hassan Abdul Rahman sanggup merampas wanita yang masih berstatus isteri orang.

Kebetulan isteri orang itu, adalah kakitangan Kementerian Kesihatan sendiri.

DR Hassan didapati berkhalwat di sebuah bilik hotel Pullman Putrajaya kira-kira 2.18 pagi Rabu. Beliau dengan pasangannya dihadapkan ke mahkamah Tinggi Syariah pada Khamis dan kedua-duanya mengaku salah. Dr hassan didenda RM3,000 manakala pasangannya didenda RM2,900.

Moral kepada perbuatan ini, Cinta mengatasi batas-batas agama dan peradaban. Cinta tidak mengira sesiapa, cinta boleh menjerumuskan seseorang tidak kira siapa, kedudukan atau status seseorang itu.

Apa kah perbuatan Ketua Pengarah ini mempengaruhi kedudukan dalam Kementerian? kalau dilihat daripada peradaban dan budaya apa lagi kalau dinilai daripada segi agama, Dr Hassan perlu diambil tindakan salah laku oleh pihak kementerian.

Adalah lebih terhormat bagi beliau, sebelum tindakan diambil, adalah lebih baik beliau meletakan jawatan, demi memelihara imej kementerian dan Kerajaan.

1 comment:

tarzan said...

orang puteh kata please do not pass judgements on others. kita tak tahu cerita sebenarnya. kutip dosa orang lain buat apa. setidak nya dia gentleman. mengaku kesalahan beliau. bukan macam peminpin2 politik hipokrit yg tak mengaku biarpon gambar video dia jelas.

Blog Archive