Thursday, October 04, 2012

Politik Spin-fitnah agenda utama Pembangkang

RAKYAT saban hari didodoi dengan fitnah, kerana itulah agenda pembangkang. Para pemimpin pembangkang tidak lagi berperanaan sebagai pembangkang, untuk memberi maklumat dan cadangan alternatif kepada rakyat, akan tetapi mengatur bagaimana membuat fitnah, kemudian fitnah itu diputar belit, seolah-olah benar.

Apa sahaja dibuat kerajaan pada masa ini semuanya tidak betul. Mereka memutar belit tindakan kerajaan, kononnya untuk kepentingan para pemimpin BN sahaja, bukannya untuk rakyat.

Bajet 2013 misalnya, mereka memperlekehnya, kerana kononnya bajet itu bajet tidak bermoral, malah angka pendapatan negara, kononnya palsu.. dan permainan matematik.

Sebenarnya, para pemimpin pembangkanglah yang bercakap tembak-tembak, sebagai contoh, angka-angka bajet Pakatan Rakyat yang berjumlah RM234bilion dengan pendapatan RM179 bilion adalah angka tembek-tembek, kerana mereka tidak mempunyai data yang cukup untuk merangka bajet. Pun demikian, mereka beranggapan, bahawa bajet merekalah kononnya yang betul, manakala bajet kerajaan BN adalah bajet palsu.

Anggapan para pemimpin Pakatan Rakyat ini sebenarnya bahaya untuk negara, kerana apabila ada rakyat yang mempercayainya, maka boleh menimbulkan masalah kepada negara.

Masalah kapal selam scorpene misalnya, mereka memutar-mutar fitnah, seolah-olah Najib terlibat dalam isu yang mereka reka. Mereka mahu mengwujudkan persepsi, bahawa kejelekan ada pada Najib, agar supaya rakyat percaya, kemudian itu mempengaruhi rakyat dalam memlih kerajaan dalam pilihanraya.

Tindakan BERSIH dalam mengecam SPR berhubung daftar pemilih misalnya, sekurang-kurangnya telah mengwujudkan persepsi, bahawa badan yang mengendalikan pilihanraya itu tidak telus; sedangkan selama 12 kali pilihanraya, badan yang sama juga yang mengendalikan.

SPRlah yang membolehkan Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Wilayah Persekutuan dan Kelantan dimenangi Pembangkang. Kalaulah SPR berpihak kepada BN, takkanlah sejak tahun 1990, BN berusaha menang di Kelantan, tetapi hingga tahun 2008, semuanya gagal.

Pembangkang kini semakin gah kerana selain mempunyai sumber kewangan daripada kerajaan negeri yang mereka kuasai untuk menghadapi pilihanraya, juga mereka mendapat dana daripada negara asing.

Melalui berbagai instrumen media dan pengamal media alternatif yang dikepalai Malaysiakini, Malaysian insider dan beberapa media laternatif lain, spin fitnah mereka telah sampai ke seluruh pelosok tanahair, kerana media internet sudahpun terdapat di mana-mana.

Kerajaan melalui media arus perdana, seperti TV3 dan media kawalan Umno, berjaya mereka lampaui, sehingga apa sahaja berita yang disiarkan oleh media-media itu, kononya palsu dan hanya propaganda.

Dikhuatirkan, semasa pilihanraya ke-13 nanti, rakyat ke peti undi dan mengundi berasaskan fitnah. Jika ini berlaku, maka malapetaka untuk negara.

Yang peliknya, walaupun janji-janji pembangkang semasa kempen pilihanraya 2008, hampir sepenuhnya belum tertunaikan, akan tetapi, parti-parti itu masih mendapat sokongan, malah ada pemimpin BN sendiri berjaya mereka pengaruhi sehingga menyebelahi mereka.

Faktor apa kah yang menyebabkan pembangkang masih dapat mempengaruhi rakyat? jawabnya mereka bijak memilih isu. Isu majlis perkahwinan anak Ketua Menteri Melaka misalnya, mereka angkat sebagai isu utama, untuk menggambarkan bahawa pemimpin BN lebih suka berpoya-poya berbanding membantu rakyat.

Suatu ketika dahulu, mereka juga mengangkat isu pertunangan anak Najib, isu gelang isteri Najib, isu lawatan Najib ke luar negara dan isu bil litrik kediaman Perdana Menteri.
 
Cara mereka itu, apabila dikuti oleh pihak BN dengan mengangkat isu Jet Peribadi Anwar, isu Talam; mereka menjawabnya dengan melakukan himpunan Bersih dan dijadualkan pada 3 November.

Sebenarnya BN tidak mahu memberikan rakyat maklumat yang tidak berasas dan berbaur fitnah, kerana kerajaan BN hanya ada beragenda  untuk membangun negara. Kerajaan BN hanya memberikan apa yang perlu dibuat demi kebaikan negara. BN bukan bercakap retorik, akan tetapi berasaskan JANJI DITEPATI, berlainan dengan Pembangkang, janji bukan untuk ditetapi, tetapi JANJI ASALKAN DAPAT SOKONGAN UNTUK MERAMPAS PUTERAJAYA.

Inilah yang dihadapi BN sekarang ini, apakah jumlah rakyat yang memelih JANJI DITEPATI akan lebih ramai berbanding dengan yang menyokong JANJI UNTUK BERJANJI, UNTUK DAPAT SOKONGAN?
 
Semuanya ini akan ditentukan pada PRU-13 akan datang.

1 comment:

Unknown said...

Konsep dan pengertian terhadap 'pembangkang' dalam konteks politik perlu diubah. Dan seterusnya, peranan dan fungsi pihak pembangkang dikaji dan
digubah suai supaya mereka yang diberi 'gaji' ini berperanan positif, kearah membinakan negara; bukan menghancurkannya. Dengan jelas Al-Quran telah menekankan memfitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh. Jadi, kesalahan memfitnah itu lebih serius walau pun pada zahirnya tidak mengerikan jika dibanding dengan membunuh. Dalam sejarah mana dan bila sekalipun fitnah dan pemfitnah memainkan peranan utama dalam menghancur dan menjatuhkan seseorang individu atau kerajaan. Fitnah adalah 'rasuah maklumat'.

Blog Archive