Latest News

Kenduri Kahwin anak Ali Rustam: Rumah dah siap tukul berbunyi

MENURUT Datuk Ali, kos kenduri perkahwinan anak sulongnya hujung minggu lalu, hanya RM600 ribu. Jumlah ini dipersoalkan oleh mereka yang cemburu dengan majlis itu, kononnya jumlah kos mengadakan kenduri sebesar itu diluar kemampuan seorang Ketua Menteri.

Respesi perkahwinan anak KM Melaka itu dihadiri kira-kira 100,000 hadirin; satu gambaran bagaimana berpengaruhnya ketua menteri melaka itu.

Kehadiran dalam sesuatu kenduri yang begitu ramai hanya berlaku pada majlis Terbuka Hariraya Perdana Menteri. Inilah yang menyebabkan pihak pembangkang cemburu, sehingga mencari helah untuk mencemarkan majlis kenduri itu.

Pembangkang tidak habis-habis cemburu dengan majlis yang diadakan oleh pemimpin BN, terutama yang berkaitan dengan majlis peribadi. 

Mungkin telah tiba masanya, setiap pemimpin yang mengadakan acara peribadi, hendaklah mengadakan secara sederhana, untuk mengelak fitnah. iktibar perlu diambil.

0 Response to "Kenduri Kahwin anak Ali Rustam: Rumah dah siap tukul berbunyi"

Blog Archive