Latest News

Perogol bersiri berjaya ditangkap

Empat gadis dikenalpasti menjadi mangsa seorang lelaki, dipercayai perogol bersiri, yang ditahan polis kelmarin, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah.
  
Beliau berkata gadis berumur antara 17 dan 22 tahun itu dipercayai terpedaya dengan taktik lelaki itu yang menawarkan pekerjaan sebagai jurujual melalui beberapa lamanweb.
  
"Modus operandi lelaki itu adalah dengan mengiklankan tawaran pekerjaan sebagai jurujual melalui beberapa laman web sebelum memujuk dan memperdaya mereka agar menghadiri 'temu duga' di bilik hotel bajet di ibu negara," katanya kepada Bernama menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) semalam.

Beliau berkata mangsa akan dihubungi suspek kononnya telah disenarai  pendek untuk menjalani sesi temu duga dan menetapkan temu janji di hotel-hotel sekitar ibukota sebelum meminta mangsa mendaftar masuk atas nama mereka sendiri.
  
Ku menasihat pencari kerja melalui laman web khususnya wanita supaya  lebih berhati-hati agar tidak terpedaya dengan individu yang menawarkan pekerjaan dengan gaji lumayan.
  
Semalam, polis menahan seorang lelaki berusia 29 tahun, yang diklasifikasikan sebagai perogol bersiri dan amat dikehendaki polis sejak 2010, di sebuah rumah di Seksyen 27, Shah Alam, pada 2 pagi.
  
Suspek kini direman bagi membantu kes membabitkan samun dan rogol mengikut Seksyen 376 dan 392 Kanun Keseksaan, katanya.  Bernama

0 Response to "Perogol bersiri berjaya ditangkap"

Blog Archive