Sunday, September 09, 2012

Mati katak-jika dekati Anwar

CARA Anwar menghampiri cara ahli politik Filipina. Di negara jiran itu, hampir semua ahli politik dikelilingi pengawal peribadi bersenjata. Silap haribulan, nyawa melayang, jika mendekati pemimpin yang mereka kawal.

Pada Sabtu, di Jasin, nyawa pemuda Jasin hampir melayang, kerana salah seorang pengawal peribadi Anwar mengeluarkan senjata, bagi menyuraikan halangan pemuda Jasin, agar bas yang ditumpangi Anwar jangan masuk ke kawasan mereka.

Anwar melalui Jelajah Merdekanya menggunakan bas berharga RM1juta, telah berdepan dengan berbagai protes daripada rakyat, bermula di Kelantan.

Anwar juga diprotes semasa memberi takzirah di sebuah masjid di Kedah, sehingga ada yang membaling kasut terhadapnya.

Kebencian rakyat terhadap Anwar sudah meluap-luap, sehingga sukar dibendung. Atas sebab itu, Anwar terpaksa melengkapkan dirinya dengan para pengawal bersenjata.

Anwar tidak boleh mempaksa rakyat menyokongnya dengan kekerasan. 

1 comment:

MELAYUJATI said...

Rakyat sudah tahu siapa sebenarnya Anwar ni, PRU13 nanti tahulah nasib dia, kalau tak terduduk dia akan terlentang terus berkubur PKR. Satu kerusi pun ellek kalah semua....sedangkan pengundi permatang pauh pun sudah meluat kat Anwar, inikan tempat lain lagilah orang meluat...kalau orang tu popular dan disukai ramai, dia akan tenteram dan tenang dan tindakan pun akan gentle jugak, tapi dia tahu diri tidak disukai dan akan kalah pada PRU13 nanti, tu le sebabnya mereka2 ini mencipta berbagai perkara negatif supaya rakyat membenci kerajaan termasuk juga berbagai janji bulan bintang kepada rakyat, tapi rakyat tidak terpengaruh lagi dengan pembohongan mereka, itulah yang bikin hot tu sampai hulur pistol....ha ha padan muka mu Anwar

Blog Archive