Monday, August 13, 2012

Siapa lagi MP dan ADUN Sabah bakal Anwar beli?

KHABARNYA ada lagi seorang MP dan seorang ADUN Sabah bakal keluar BN untuk menyertai Anwar. Siapa kah mereka itu? 

Anwar kini semakin aggresif membawa keluar seberapa ramai MP dan ADUN BN daripada Sabah bagi tujuan memenangi perang saraf sebelum PRU-13.

Pada 29 Julai lalu dua orang MP Sabah berjaya Anwar pengaruhi untuk keluar BN dan semalam seorang senator membelot untuk menyokong Anwar.

Namapaknya para wakil rakyat BN yang berjaya dipengaruhi ini, bermimpikan jawatan dan habuan wang ringgit yang bermilion-percayalah suatu hari nanti anda akan seperti sampah yang dilepas berterbangan, yang tidak mempunyai nilai apa-apa lagi.

Rakyat kini, sudah pandai menilai dan berfikir, bahawa anda yang membelot, hanya pentingkan diri sendiri dan habuan untuk mengisi tembolok.

Para wakil rakyat yang keluar BN ini, adalah mereka yang rakus meminta-minta projek untuk kepentingan peribadi, namun apabila projek tidak diperolehi lagi, maka apabila ada tawaran, maka seperti orang yang mengantuk disorongkan bantal.

Yakinlah, Anwar adalah SIFU penabur janji, anda akan tersedar, apabila anda sudah masuk perangkap. Cuba tanya pada wakil rakyat  seperti YB Zaharain Hashim atau YB Zulkefli Noordin, siapa kah Anwar sebenarnya.

Anda yang terperangkap dengan Anwar, tidak akan mampu berpatah balik lagi, kerana pada masa itu, nilai anda telah kosong.

Seperti kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Aziz-kalau Anwar nak ambil mereka ini, maka ambil lah.

Tujuan Anwar membawa keluar wakil rakyat atau pemimpin BN sebelum PRU-13 bagi maksud perang saraf, tidak akan berjaya mempengaruhi rakyat majoriti, kerana rakyat majoriti tidak akan terpengaruh dengan muslihat itu.

No comments:

Blog Archive