Thursday, August 02, 2012

Muslihat Anwar di Sabah- satu cabaran kepada BN Negeri

BN Sabah kena hati-hati, jangan lupa sejarah di ambang pembuangan undi tahun 1990. Pada pilihanraya itu, BN tidak dapat berbuat apa-apa, kerana penamaan calon sudahpun selesai, kerusi PBS lebih banyak berbanding kerusi komponen BN lain seperti Usno, Akar dan LDP.

Pada PRU-13 akan datang, BN Sabah kena bertegas, bahawa jumlah kerusi perlu mencukupi untuk menubuhkan kerajaan negeri, kerana ada desas desus keadaan 1990 akan berulang.

Berlegar-legar di mana-mana, bahawa Parti Komponen BN Sabah UPKO di bawah pimpinan Tan Sri Bernard Giluk Dompok akan membawa langkah mengejut sama seperti pada tahun 1990.

Bumburing membuka langkah  untuk testing the water-terbukti bahawa pada perjumpaan 29 Julai di Dalit, Tuaran, 90 peratus yang hadir adalah kaum KDM-trend ini cukup membuktikan bahawa kaum KDM bukan bersama BN lagi.

Dompok tidak akan mahu kecundang begitu sahaja, sama seperti tahun 1999, di mana dia kehilangan kerusi DUN, dan terlepas peluang untuk menyambung jawatan Ketua Menteri Sabah.

Melihat kepada sambutan kaum KDM pada pengistiharan Bumburing keluar daripada BN dan menubuhkan Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan sambutan kaum KDM terhadap Penubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) oleh Lajim Ukin, nampaknya untuk sementara waktu, trend sokongan kaum KDM kepada pertubuhan itu, tidak boleh dianggap remeh.

Di atas kertas BN Sabah akan mampu menang kerana kerusi bumiputera islam yang lebih separuh daripada jumlah kerusi DUN Sabah. Namun untuk mendapat kuasa 2/3 BN memerlukan 40 kerusi. 

Dalam perkiraan Umno akan bertanding 32 kerusi pada PRU-13 akan datang, memandangkan parti itu adalah tulang belakang komponen BN Sabah. Umno yakin akan menang keseluruhan kerusi termasuk di Klias.

Kemenangan Umno akan tercerencat, apabila kerusi-kerusi yang diperuntukan untuk UPKO akan mudah dimenangi kerana tiada saingan, atas sebab "tindakan" mengejut sama dengan PRU-1990. Untuk kerusi DUN, tidaklah sangat membimbangkan kerana PBS dan LDP masih boleh menyumbang kerusi; akan tetapi di peringkat Parlimen, ianya sungguh bahaya kepada BN pusat. BN tidak boleh kehilangan kerusi parlimen di Sabah, selain kerusi yang dijangka kalah.. Kota Kinabalu.

Pucuk pimpinan BN perlu merungkai semua permasalahan yang ada sebelum berdepan PRU-13, di samping itu, kena berdepan dengan tindakan mengejut yang bakal berlaku.

Anwar Ibrahim tidak akan berhenti memancing dan menabur apa sahaja janji, asalkan matalamatnya menumbang kerajaan BN pusat tercapai, bagi membolehkan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri ke-7 negara.

Kini, Lajim dan Bumburing sudah menjadi mangsa Anwar, dan kononnya pada 12 Ogos ini, akan ada lagi mangsa standby dan dikatakan sebagai khabar baik untuk pembangkang.

Pemimpin Sabah yang diketuai oleh DSP Musa Aman terpaksa mengatur berbagai strategi agar supaya boleh mengekang muslihat Anwar yang nampaknya mendapat sokongan berbagai pemimpin komponen parti BN secara rahsia. 

No comments:

Blog Archive