Tuesday, August 21, 2012

Israel bersiap serang Iran

WALAUPUN sekutu Israel- Amerika mahu negara Yahudi itu memberi masa kepada Iran berhubung isu nuklearnya namun dua pemimpin Israel-Benyamin Netanyahu dan Ehud Barak (Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan) mahu menyerang Iran dalam masa terdekat.

Menurut sumber yang dipetik oleh mereka yang pakar mengenai Asia Barat, Israel kini pada tahap siap siaga menyerang Iran. Keputusan hanya menunggu daripada dua pemimpin kanan Israel itu; dan dijangka keputusan akan dibuat bila-bila masa sebelum Hari Raya Korban.

Jika berlaku serangan terhadap Iran, maka suatu malapetaka akan berlaku di Asia Barat. Besar kemungkinan akibat daripada seragan itu adalah perang akan berlaku. Jika perang terjadi maka negara-negara teluk seperti Arab Saudi dan negera-negara sekitarnya juga akan terkena impaknya.

Jika benarlah Israel akan menyerang Iran sebelum Hari Raya Edul Adha maka kemungkinan musim haji tahun ini akan dibatal, kerana faktor keselamatan.

Impak terhadap ekonomi juga sangat buruk-antaranya harga minyak akan melambung tinggi. Inilah ironinya, hanya keputusan daripada dua pemimpin yang anti islam, akan mengorbankan jutaan manusia, bukan sahaja pada negera-negara di rantau teluk, juga seluruh dunia.

Akibat perang itu, perekonomian dunia akan terjejas teruk terutama negara-negara Eropa dan Amerika. Impaknya pula kepada negara kita adalah export kita kepada negara-negara itu akan terjejas. Jika ini berlaku, maka keadaan perekonomian negara juga akan terjejas.

Satu fenomina yang secara kebetulan. Negara kita akan berhadapan dengan PRU-13. Apa kah perang di Teluk itu akan mempengaruhi keputusan rakyat?

No comments:

Blog Archive