Monday, July 02, 2012

SUARAM bukan NGO tetapi Syarikat Sdn Bhd

RAKYAT yang menyokong dan memberi sumbangan kepada SUARAM tertipu habis, kerana "pertubuhan" yang mendakwa sebagai NGO, sebenarnya adalah sebuah Syarikat RM2.00 yang terdaftar pada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Sebuah NGO- Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendedahkan, bahawa SUARAM terdaftar atas nama SUARA INISATIFSDN BHD. Menurut dokumen SSM, pemegang saham dan pengarah syarikat itu adalah YEOH SENG GUAN dan KUA KIA SOONG dengan tarikah perlantikan kedua-dua mereka sebagai pengarah pada 7 Jun 2004.

Syarikat itu mempunyai pendapatan RM497,137 pada tahun 2009 dan RM411,226 pada tahun 2010.

Berasaskan kepada semakan dengan SSM, Suara Inisiatif adalah sebuah organisasi yang tidak bermotif keuntungan dengan aktiviti utamanya adalah menganjurkan kempen mengenai hak asasi kemanusiaan serta aktiviti berkaitan

Persoalannya sekarang, siapa kah yang memberi dana terhadap syarikat itu?

Pihak penguasa undang-undang perlu menyiasat syarikat ini, kerana syarikat yang tidak jelas aktivitinya mempunyai pendapatan yang begitu lumayan.

SUARAM adalah agen Pembangkang, dan kini tengah tekun menabur fitnah berhubung pembelian kapal selam Malaysia Scorpene.

No comments:

Blog Archive