Monday, July 30, 2012

Sepatutnya Lajim letak jawatan Timbalan Menteri demi maruah: ZulKulim

WAKIL Rakyat bebas Datuk Zulkifili Noordin berpandangan Datuk Seri Lajim Ukim oerlu melepaskan jawatannya sebagai timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan serta sebagai ahli Umno. 

Zulkifli Noordin yang Naib Presiden PERKASA,berkata, perkara itu perlu dilakukan Lajim sebagai menghormati prinsip demokrasi memandangkan perjuangan bekas ketua Umno Beaufort itu sudah lagi tidak sehaluan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak. 


"Kita hormati keputusan beliau dengan semangat demokrasi dan hak dia untuk memilih wadah perjuangan dia. Dalam waktu yang sama, demokrasi juga mewajibkan Datuk Lajim untuk meletakkan jawatan kerana itu juga prinsip demokrasi. 

"Dan hak perdana menteri untuk memilih dan tentukan siapa ahli kabinetnya. Tidak ada jalan lain lebih bermaruah dan demokrasi selain daripada letak jawatan dan teruskan perjuangan dengan wadah yang dia pilih," katanya pada sidang media selepas majlis berbuka puasa PERKASA malam tadi. 

Sabtu lalu, Lajim, 57, mengumumkan perletakan jawatan sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort berkuat kuasa serta merta. Beliau sebelum itu meletakkan jawatan sebagai Ketua Umno Cawangan Kerambai Kebatu. 

Beliau juga menyatakan menyerahkan kepada Majlis Tertinggi Umno untuk memutuskan mengenai keanggotaannya dalam parti dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung jawatannya sebagai timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan.

Sementara itu di Kota Kinbalu pada Ahad, Pengerusi Perhubungan Umno Sabah yang juga Ketua Menteri Sabah menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti berhubung kedudukan Lajim sebagai ahli Umno. Manakala Bumburing pula, Musa menyerahkan kepada pucuk pimpinan Upko.

No comments:

Blog Archive