Latest News

Orang politiklah banyak merosakan negara: Musa Hassan

Bekas ketua polis negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan menafikan adalah dakwaan presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah, mengenai polis cawangan khas (SB) yang dikatakan hanya memberikan tumpuan memantau aktiviti politik berbanding memerangi jenayah.

“Polis menjaga keamanan dan keselamatan semua dan mana-mana orang yang jaga keselamatan negara, dia perlu memantau.

“That means, pemantauan-pemantauan perlu dibuat bukan sahaja kepada penjenayah-penjenayah, termasuk juga kepada orang-orang politik yang nak merosakkan negara dan yang selalunya merosakkan negara ini orang politiklah” kata bekas KPN itu (gambar) semasa diwawancara oleh The Malaysian Insider semalam.

Dalam sidang akhbar di ibu pejabat PKR baru-baru ini, Dr Wan Azizah turut mempersoalkan tentang mengapa masih belum ada maklumbalas dari menteri dalam negeri tentang persoalan yang beliau bangkitkan minggu lepas.

“Mengapakah pihak SB melebihkan aktiviti mengintai rakyat sendiri daripada mencegah aktiviti jenayah?

“Rakyat dan PKR akan terus menanti jawapan daripada pihak yang bertanggungjawab,” kata Dr Wan Azizah lagi.

Menurut bekas KPN, ahli-ahli politik tidak kebal dari undang-undang baik dari parti kerajaan mahupun pembangkang.

“Tidak betul dakwaan dia (Wan Azizah) itu, polis memantau semua perkara termasuklah ahli-ahli politik sekali.

“Kalau dia (orang politik) buat sesuatu yang menggugat keselamatan negara, kita (polis) perlu bertindak.

“Orang politik tidak kebal dari undang-undang baik dari pembangkang mahupun kerajaan,” kata Musa lagi.

0 Response to "Orang politiklah banyak merosakan negara: Musa Hassan"

Blog Archive