Latest News

Blogger Uncleseekers ditahan Polis Johor

PARANORMAL atau Syed Abdullah Hussein Al-Attas yang menulis melalui blog http://uncleseekers.blogspot.com/ dikhabarkan ditahan polis Johor, ketika blogger itu berada di Senawang, Seremban malam tadi.

Penahannya dikatakan berhubungkait dengan tulisan bersirinya mengenai Sultan Johor yang kini sudah mencecah 64 siri.

Pihak polis Johor, belum mengeluarkan apa-apa kenyataan kesalahan apa yang menyebabkan pengamal Paranormal itu ditahan, namun besar kemungkinan melalui "Sedition Act".

0 Response to "Blogger Uncleseekers ditahan Polis Johor"

Blog Archive