Monday, June 25, 2012

RM3bilion: Anwar double Standard

Anwar Ibrahim tidak mengitriaf Akuan Bersumpah Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid yang dibuat pada tahun 1999, yang menerangkan bahawa mantan TPM itu mengawal 20 akaun bank yang membabitkan RM3bilion. Sebaliknya, beliau menggunapakai akuan bersumpah mantan penyiasat BPR Abdul Razak Idris yang dibuat pada tahun 2003.

Bezanya antara dua akuan bersumpah itu, Abdul Murad membuatnya secara sukarela, sebaliknya Razak membuatnya atas permintaan Anwar (sepertimana pengakuan Razak Idris sendiri minggu lalu).

Kes Anwar yang didakwa mengawal akaun berjumlah RM3bilion, terdedah selepas mantan TPM itu dipecat daripada jawatannya pada September, 1998, kerana salah laku moral.

Sehingga kini, Anwar masih berdolak dalik mengenai dakwaan itu, dan di dewan rakyat minggu lalu, beliau lebih fokus kepada akuan bersumpah Razak Idris, dan tidak menyentuhpun mengenai akuan bersumpah Datuk Abdul Murad Khalid.

Ironinya, kedua-dua individu yang terlibat membuat akuan bersumpah itu, telah menyatakan menyokong SPRM untuk membuka kes tersebut semula, dan mereka sanggup memberi kerjasama.

Siasatan Kes RM3 bilion oleh BPR ketika itu, ada kelopongan, kerana beban bukti terletak kepada pihak pengadu untuk memberikan bukti-bukti, namun selepas agensi itu bertukar kepada SPRM, skopnya menjadi luas, kerana SPRM boleh mengguna pakai bukti-bukti daripada sumber-sumber lain.

Adalah tugas SPRM melakukan penyiasatan terhadap 20 akaun yang didakwa membabitkan Anwar, kerana agensi itu dengan mudah mengakses akaun-akaun itu.

No comments:

Blog Archive