Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan tiada maklumat mengenai dakwaan berhubung penjualan dokumen pertahanan negara kepada negara asing.
"Sepanjang pengetahuan kementerian, sehingga kini tidak ada maklumat keluar dari Malaysia," katanya lagi dalam ucapan penangguhannya di Dewan Rakyat lewat malam tadi.
Tambahnya, kementerian itu juga tidak pernah membayar komisyen secara langsung, mahupun tidak langsung kepada mana-mana syarikat dalam perolehan kapal selam Scorpene
"Perolehan kapal selam dibuat secara runding terus selaras dengan tatacara perolehan kerajaan dengan syarikat pembuat iaitu syarikat Perancis dan Sepanyol yang telah mendapat persetujuan kerajaan masing-masing," katanya lagi.
Tambahnya, kementerian itu juga tiada sebarang maklumat mengenai dakwaan penjualan dokumen oleh syarikat Terasasi (Hong Kong) kepada syarikat Thint Asia (Thales International), didakwa bernilai 36 juta Euro.
"Kementerian juga tidak mempunyai maklumat dakwaan bayaran secara berkala daripada Thint Asia kepada syarikat Terasasi (Hong Kong)," katanya.
Tiada perbicaraan berlangsung di Perancis
Perkara tersebut ditimbulkan sebelumnya oleh Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) ketika mengemukakan usul penangguhan mesyuarat di akhir persidangan.
Dalam ucapan tersebut, Nurul Izzah antara lainnya bertanya menteri sekiranya Malaysia akan memohon untuk menjadi pemerhati di Mahkamah Tribunal Perancis untuk mendapat akses kepada siasatan kes tersebut.
Ahmad Zahid bagaimanapun berkata keperluan itu tidak timbul.
"Kerajaan Malaysia difahamkan tidak ada perbicaraan berlangsung di Perancis berhubung isu kapal selam Scorpene, justeru tidak timbul soal kerajaan akan mohon jadi pemerhati," katanya.
Mengulas satu lagi soalan Nurul Izzah berhubung cadangan penubuhan suruhanjaya diraja untuk menyiasat pembelian kapal selam tersebut, Ahmad Zahid juga berkata langkah itu tidak perlu.
"Pembelian kelengkapan angkatan tentera dibuat ikut tatacara pelaksanaan kontrak perolehan peralatan pertahan negara.
"Ia melibatkan pelbagai tingkat kelulusan termasuk jawatankuasa teknikal dan jawatankuasa rundingan harga setelah penilaian teliti dibuat demi memastikan perolehan tersebut menepati keperluan ATM (Angkatan Tentera Malaysia).
"Selain itu rujukan juga dibuat kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan kelulusan ke atas klausa kontrak tersebut," katanya.
Kelulusan kemudiannya dibuat di peringkat Kementerian Kewangan setelah kesemua terma dan kelulusan untuk rundingan terus itu dikemukakan, tambahnya.

Menjawab satu lagi soalan Nurul Izzah, menteri berkata kerajaan juga berpandangan bahawa sistem jawatankuasa tetap parlimen untuk pertahanan tidak perlu diwujudkan.
Jelasnya, rancangan untuk membeli kelengkapan ketenteraan telahpun dinyataka dalam anggaran belanjawan yang akan dibahaskan dan diluluskan di parlimen.
"Proses perolehan aset juga adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan kerajaan seperti arahan perbendaharaan dan tatacara prosedur kewangan.
"Manakala itu, setiap perbelanjaan tertakluk kepada pemeriksaan atau teguran Jabatan Audit Negara. Kerajaan juga berpandangan proses perolehan yang melibatkan kelengkapan pertahanan yang strategik tidak wajar dibincangkan secara terbuka," katanya.
Jawapannya di parlimen itu merupakan kenyataan rasmi pertama oleh kerajaan kepada parlimen setelah dakwaan penjualan rahsia pertahanan negara itu berlarutan hampir sebulan apabila didedahkan oleh NGO hak asasi Suaram di Bangkok.

1 comment:
Sistem jawatankuasa tetap parlimen untuk pertahanan?
Sistem jawatankuasa tetap parlimen untuk risikan sekali lah senang.
Ada saja jalan untuk pecah lubang sistem pertahanan negara untuk senang pembangkang memberi maklumat percuma kepada negara jiran.
Musuh yang ketat adalah kawan baik kita sendiri. Bila bergaduh. Dalam hal ini Singapura, Thailand, Indonesia dan Fiiipina.
Post a Comment