Wednesday, April 04, 2012

Laporan PSC penambahbaikan SPR- Berdolak daliknya Pembangkang

Walaupun laporan PSC berhubung penambaikan SPR memuatkan 82 peratus cadangan wakil pembangkang, namun apabila laporan tersebut siap dan telahpun diterima parlimen, kini pihak pembangkang cuba mempolitikkannya, melalui isu laporan minoriti.

Salah seorang wakil pembangkang dalam PSC adalah Azmin Ali, adalah orang pertama yang menikam belakang Ahli jawatan Kuasa PSC itu, apabila beliau berdolak dalik mengenai isi laporan itu.

Berhubung dengan tindakan Azmin Ali itu, Pengerusi Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Pilihan Raya Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili merasa kesal dengan tindakan pembangkang yang cuba mempolitikkan laporan PSC.

Dr Ongkili menafikan dakwaan ahli jawatankuasa PSC Pembangkang yang didakwa tidak diberi ruang untuk memuatkan laporan minoriti berhubung perkara asas pilihan raya.

Sebaliknya beliau berkata perkara itu sudah diputuskan melalui undi belah bahagi.

Dr Ongkili yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, berkata perkara yang ditimbulkan pembangkang pernah dibangkitkan dan dibincangkan dalam jawatankuasa dan sudah pun mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tindakan sewajarnya.

Bukan itu sahaja, beliau menegaskan jawatankuasa pernah memberikan ruang kepada Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali, Ahli Parlimen Rasah Anthony Loke dan Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli mengemukakan cadangan alternatif dalam setiap isu yang ditimbulkan.

Antaranya ialah isu 42,000 pengundi ragu yang tidak mempunyai kad pengenalan dalam pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan pendedahan Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia (Mimos) yang mengesan 80,000 pengundi berkongsi alamat sama.

"Kenapa dah sampai peringkat akhir tiba-tiba kata PSC gagal tunai tanggungjawab? 18 daripada 22 tuntutan itu kita penuhi, maknanya 82 peratus kata sepakat dicapai, adakah ini yang anda kata kita gagal?

"Saya sedih jika isu ini digunakan untuk kepentingan politik sedangkan dah peruntukkan banyak masa untuk tubuhkan PSC.

"Kita mesti berfikiran wajar. Tolonglah jangan timbulkan isu ini hanya atas sebab kepentingan politik," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen pada Selasa.

Beliau turut menyifatkan laporan PSC sebagai laporan yang paling 'bermurah hati'.

Ahli Parlimen Kota Marudu ini berkata sebuah lagi jawatankuasa khas lain akan diwujudkan dan ia akan dipilih Dewan Rakyat.

Jawatankuasa khas itu nanti akan memantau perjalanan pembersihan pilihan raya serta cadangan yang dikemukakan PSC.

"Cadangan itu tidak mampu diselesaikan dalam sekelip mata, perlukan masa,” katanya.

No comments:

Blog Archive