Apabila Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa hanya 1609 pelajar lepasan SPM ditaja secara otomatik oleh Kerajaan, anak saya yang hanya mendapat 6A+, walaupun straight A dalam SPM sungguh kecewa.
Kekecewaannya sungguh terbayang, kerana dia berusaha mencapai yang terbaik di sekolahnya dan salah seorang yang terbaik daripada 17 pelajar yang mendapat straight A.
Di sekolah di mana anak saya itu belajar, tiada seorangpun yang layak menerima tajaan secara otomatik sepertimana yang diumumkan oleh TPM semalam.
Nasib para pelajar yang dikategorikan sekolah luar bandar, sungguh malang, kerana jika sistem merit yang digunakan seperti mana diumumkan itu, sampai bila2pun para pelajar luar bandar tidak akan pernah merasakan apa itu tajaan otomatik.
Sepatutnya, kerjaan memberi pertimbangan kepada jenis sekolah, walaupun ukuran peperikasaan yang diguna pakai dalam mengklasifikasikan keupayaan para pelajar.
Bayangkan rakan anak saya semasa di sekolah rendah, yang belum pernah mengalahkannya, akan tetapi rakannya itu berkesempatan ditempatkan di sekolah yang baik di Semenanjung, telah mencapai keputusan straight A, tetapi bezanya, A+nya lebih banyak.
Sepatutnya kerajaan memberi pertimbangan kepada para pelajar yang di tempatkan sekolah-sekolah yang belum menempah nama, kerana, ada kemungkinan para pelajar yang mampu memperoleh keputusan straight A di sekolah yang belum ada nama-terletak di luar bandar pula, akan lebih menyerlah jika ditempatkan di sekolah2 yang mempunyai nama.
Jalan penyelesaian kepada ketidak seimbangan ini adalah..di setiap sekolah; kerajaan perlu memilih pelajar yang mendapat straight A yang berkedudukan satu dan dua atau sehingga ke kedudukan ke empat, bagi maksud penajaan otomatik, agar supaya, setiap sekolah itu dapat menunjukkan kemampuan pelajarnya bersaing di medan sama rata apabila berada di perguruan tinggi.
Pengalaman penulis, semasa berada di Perguruan tinggi, para pelajar yang berasal daripada sekolah yang bernama, tidak semestinya mempunyai kelebihan berbanding dengan pelajar yang berasal daripada sekolah yang tidak bernama.
Malah, para pelajar yang berasal daripada sekolah luar bandar mampu bersaing dengan hebat, malah sebahagian besarnya lebih baik daripada mereka yang berasal daripada sekolah yang bernama.
Sistem yang diamalkan oleh kerajaan sekarang ini, akan menambah jurang yang lebar antara pelajar bandar (sekolah2 terpilih) dengan sekolah2 luar bandar yang tidak terpilih. Sistem yang diamalkan ini akan mengorbankan mereka2 yang mempunyai bakat semulajadi yang tidak dilihat oleh para pemilih, apabila memilih para pelajar di peringkat awal.
Mungkin cara penilaian kerajaan sekarang ini yang mengakibatkan menurunnya kualiti pendidikan di Malaysia, sehingga IPTA negara tidak tersenarai di peringkat antarabangsa.

3 comments:
semua tak kene... buat itu salah buat ini tak betul...
Mrk yg straight a plus ni mcm mana pulak aktiviti koko mrk? Mrk ni ada aktiviti koko atau setakar ahli persatuan itu dan ini shj?
Mcm mana pulak student yg dpt straight a, tp ada a minus, koko nya pulak hebat hebat, macam anak saya smpai mng koko level dunia?
betul tu..
anak ambo juga akan terlepas peluang kalu otomatik gitu..namun ambo tetap berdoa semoga dia dapat juga interview, sekurang2nya dia dapat tunjukkan dlm keadaan serba kurang belajar di sekolah harian di luar bandar, dia dapat juga 10A...5A+, 3A, 2A-, 1B+, 1B...dia ambil 12 subjek...
Post a Comment