Latest News

Krisis Pas Kedah.. menunggu campur tangan Nik Aziz

Keputusan PAS Pusat yang dikira keputusan menang-menang, apabila Azizan Razak diminta meneruskan jawatan MB dan dua exco yang enggan dilantik semula agar menerima pelantikan, nampaknya belum berakhir.

Dua exco yang enggan berkhidmat di bawah Azizan Razak- Phahrolrazi Mohd Zawawi dan Dr Ismail Salleh masih enggan menrima keputusan Pas pusat yang mengarahkan mereka menerima perlantikan exco.

Sebelum ini, dua exco itu mengeluarkan syarat kepada parti, agar Azizan bercuti serta merta dan melantik pemangku MB Kedah untuk mereka kembali sebagai exco.

Dikhabarkan Phahrolrazi akan menemui Nik Aziz-MB Kelantan untuk meminta pandangan dan sokongan.

Dalam perkembangan yang berasingan, dikatakan Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu menyokong tindakan Phahrorazi dan Dr Ismail.

Mohammad (Mat Sabu) dikatakan tidak sebulu dengan Azizan sejak tahun 2008, apabila beliau tidak dicalonkan di Kedah dan perkembangan terkini juga, nampaknya Mat Sabu tidak mempunyai tempat di Kedah, selagi Azizan mengetuai Kedah.

0 Response to "Krisis Pas Kedah.. menunggu campur tangan Nik Aziz"

Blog Archive