Saturday, February 04, 2012

Tuntutan palsu: Naib Presiden 1 KDM Malaysia disiasat SPRM

Dakwaan tuntutan palsu yang dibuat terhadap Datuk Peter Anthony Naib Presiden 1 KDM Malaysia dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang berjumlah RM43 juta sedang disiasat pihak SPRM cawangan Sabah.

Peter yang juga Pengarah Urusan Asli Jati Sdn Bhd mengakui bahawa pihak SPRM sedang menyiasatnya berhubung dakwaan tuntutan palsu tersebut.

Selain itu, beliau juga menafikan bahawa yang dia telah melarikan diri, seperti mana laporan sebuah akhbar tempatan beberapa hari lalu.

Peter mengakui, bahawa semasa SPRM mengadakan serbuan ke pejabatnya, beliau sedang berada di Kuala Lumpur.

Asli Jati Sdn Bhd sebelum ini banyak mendapat kontrak daripada UMS dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKLW).

No comments:

Blog Archive