Latest News

Shahrizat perlu rasa malu

Kedudukan sebagai menteri, ketua sayap kanan parti, seharusnya Shahrizat merasa malu, apabila projek yang dikendalikan oleh suami dan anak2nya yang dibiayai kerajaan kalaupun belum gagal total akan tetapi bermasalah.

Seharusnya, dari awal-awal lagi beliau melarang agar keluarganya tidak terlibat dengan projek seumpama ini, kerana kalau bermasalah, maka berakibat negatif kepada parti dan kerajaan.

Kini Shahrizat menembak peluru kapur merata-rata, kononnya ada usaha menjatuhkan kerjaya politiknya. Selain itu, beliau berusaha mengaitkan wanita umno, seolah-olah serangan terhadap beliau adalah serangan terhadap wanita umno.

Wanita umno tiada kena mengena dengan skandal NFC. Isu NFC terbongkar apabila Ketua Audit Negara membuat laporan, bahawa projek yang mendapat soft loan daripada kerajaan sebanyak RM250 juta itu dipesongkan tujuannya. Soft loan itu bukan bertujuan membeli harta persendirian atau kegunaan persendirian. Soft loan itu, bertujuan untuk memerlihara lembu, agar keperluan daging lembu negara tidak sangat bergantung kepada import.

Walaupun Sharizat menafikan beliau terlibat dengan NFC, namun sebagai menteri, perlu ada tanggungjawab moral, kerana ianya melibatkan keluarganya, darah dagingnya sendiri, bukan semata-mata kroni.

Isu NFC, kini menjadi cemuan rakyat dari berbagai lapisan, baik bandar maupun luar bandar. malah ada yang mengatakan bahawa rumput2 di kawasan perbandaran tidak perlu lagi tukung potong, kerana umno/bn sudah ada lembu, tinggal lepaskan lembu itu, maka rumput2 itu akan diragut.

2 Responses to "Shahrizat perlu rasa malu"

Adi Kencana said...

Shahrizat perlu ambil tindakan bijak demi kepentingan parti.

NURUL IZZAH SOKONG AGENDA ANTI-MELAYU DAP!! Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

usin said...

bukan apa yg tersirat itu benar @ maha benar. ini adalah satu lg persepsi. di mana yg mengatakan laporan audit berkaitan nfc itu gagal? buat homework dulu. awak pun main tembak peluru kapur jugak nampaknya. macam2 lah....

Blog Archive