Monday, February 06, 2012

Salahuddin Ayub bertanding di Johor-bakal MB PR

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (gambar) bakal bertanding di salah sebuah DUN di Johor. Tujuan beliau kembali semula ke negeri kelahirannya atas permintaan DAP dan PKR, dan jika PR berjaya merampas Johor, maka beliau akan dilantik sebagai Menteri Besar.

Isu di Johor ketika ini, apabila PR menang, kerajaan negeri yang bakal dibentuk adalah kerajaan yang bermajoriti kaum cina aka kerajaan kaum cina sepertimana di Pulau pinang atau satu ketika di Perak.

Persepsi sekarang, kaum cina telah berpindah sokongan kepada PR. Walaupun melalui PRK Tenang, BN menang, namun trend pengundi kaum cina lebih cenderung kepada PR.

Pada PRU-12, sekitar 40% pengundi cina menyokong PR, namun kata beberapa penganalisis, keadaan terkini, sokongan kepada PR terus meningkat antara 60-68%.

Berasaskan kepada trend daripada pengundi cina itu, maka PKR mengadakan konvensyennya di Johor tahun lalu, dan mengisthirkan bahawa PR siap sedia merampas Johor.

Johor mempunyai 26 kawasan Parlimen dan 56 DUN. Pada PRU-12, PR menang satu kerusi parlimen, di kawasan Bakri-kawasan Datuk Chua Jui Meng. Chua Jui Meng, tidak bertanding pada tahun 2008, dan kini adalah Pengerusi PKR negeri. Sementara di peringkat DUN, PR menang 6 kerusi.

Melihat trend sokongan kaum cina terhadap PR terus meningkat, Pengerusi BN Negeri yang juga menteri besar-Datuk Ghani Othman, terus turun padang di kawasan-kawasan yang dianggap kelabu. Malah, ada khabar, Naib Presiden Umno- Datuk Hishamuddin Hussien, tidak akan bertanding di Parlimen Sembrong, kerana kawasan itu tidak selamat lagi bagi dirinya. Kawasan Sembrong mempunyai lebih 40% pengundi cina.

Johor merupakan salah satu target PR untuk merampas putrajaya. PR memerlukan tambahan 30 kerusi parlimen untuk merampas putrajaya sebagai tambahan kepada 82 kerusi yang mereka menang pada pru-12. PR yakin, mereka dapat mempertahan semua kerusi yang mereka menang pada pru-12 dan jika mampu merampas Johor dan sedikit tambahan daripada Sarawak dan sabah, maka harapan membentuk kerajaan persekutuan adalah cerah, demikian anggapan mereka.

Namun di pihak BN, ramai penganalisis termasuk mantan perdana menteri tun dr mahathir, mengatakan bahawa bn mampu mempertahankan putrajaya dan mampu mempertahankan jumlah kerusi yang dimenangi pada pru-12, yaitu 140, walaupun kuasa 2/3 masih tidak diperolehi.

Bn akan terus menang semua kawasan yang dimenanginya walaupun ada kemungkinan jumlah majoriti bagi setiap kawasan akan berkurangan.

1 comment:

C L J said...

NAK BAGI JOHOR PUN JAHANAM JUGA KA ?? MANA BOLEH !! ORANG JOHOR TAK PERNAH GOYANG ....

Blog Archive