Thursday, February 02, 2012

Parti KITA akan dibubar: Zaid Ibrahim

Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA) akan dibubarkan melalui usul mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti itu tidak lama lagi, kata presidennya Datuk Zaid Ibrahim.

Dalam laman blog beliau, Zaid berkata pembubaran itu bertujuan menanggalakan sebarang kesangsian bahawa mereka memang benar-benar menyokong pembangkang.

"(Ini) khususnya ketika sesetengah ahli kita di Kedah dan Pulau Pinang secara terbuka begitu kritikal terhadap Pakatan Rakyat,” katanya.

Parti itu yang berusia setahun bulan lalu ditubuhkan selepas Zaid meninggalkan PKR secara tergesa-gesa berhubung dakwaan salah-laku dalam pemilihan parti itu.

KITA bahagian Melaka dibubarkan 11 Januari lalu dengan 60 daripada ahli mereka memilih menyertai PKR.

No comments:

Blog Archive