Saturday, February 18, 2012

Debat Lim Guan Eng Dr Chua Soi Lek: Merungkai kecelaruan kaum cina

Memandangkan pilihan raya umum dijangka diadakan tidak lama lagi, antara persoalan besar yang bermain di fikiran kebanyakan pemerhati politik ialah berkaitan arah tuju kaum Cina di Malaysia dalam bidang politik.

Debat Lim Guan Eng-Dr Chua Soi Lek petang ini merungkai kecelaruan kaum cina. Melalui debat itu, kaum cina akan menilai, parti mana yang akan mereka sokong pada PRU-13.

Debat ini penting kerana ramai yang berpendapat kaum Cina kini berada di persimpangan jalan manakala sesetengah yang lain pula, percaya kaum itu sebenarnya telah melintas jalan ke arah menyokong pembangkang berdasarskan keputusan pilihan raya umum pada Mac 2008 dan pilihan raya negeri Sarawak tahun lepas.

Kemungkinan itu tidak boleh ditolak, berdasarkan sentimen di lapangan. Melihat keputusan melalui pilihan raya negeri Sarawak tahun lepas. Perkara ini boleh dilihat dengan cukup jelas. Ia mewakili sentimen keseluruhan kaum Cina di negara ini.

MCA dan Gerakan, yang mewakili kepentingan kaum Cina dalam Barisan Nasional (BN) di Semenanjung Malaysia, menerima pukulan teruk daripada segi populariti pengundi pada pilihan raya umum lepas. Malah, Gerakan terpelanting daripada kubunya di Pulau Pinang.

Mereka yang mendakwa bahawa sokongan kaum Cina terhadap BN telah menurun turut merujuk kepada prestasi lemah sebuah lagi parti komponan BN berasaskan kaum Cina, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), pada pilihan raya negeri Sarawak tahun lepas, yang hanya memenangi dua daripada keseluruhan kerusi yang ditandinginya di kawasan bandar.

Melalui debat petang ini, diharapkan Dr Chua Soi Lek yang juga presiden MCA mampu menongkah perubahan ini,bagi menjawab persoalan penting yang wujud sekarang apakah kaum cina berada di persimpangan jalan atau sudah "menyeberangi jalan".

Ada yang berpendapat penyebab sokongan kaum Cina terhadap BN boleh dikatakan semakin merosot, disebabkan kurangnya pemimpin kaum itu yang berwibawa dalam komponen BN.

Kemenangan parti MCA dan Gerakan pada PRU2 sebelum ini bukan kerana kewibawaan pemimpin2 parti itu, tetapi atas dasar dan wawasan yang dilakukan oleh kerajaan, terutama di era pemerintahan Tun Dr Mahathir.

Pada PRU lepas, BN hanya mendapat 35 peratus (undi kaum Cina). Di Sarawak,BN hanya memperoleh 25 peratus undi kaum Cina. Keputusan pilihan raya negeri Sarawaklah yang mengukuhkan lagi kepercayaan bahawa kaum cina telah mengubah haluan.

Bagaimanapun, kesan perubahan selera kaum Cina mungkin terhad sifatnya di Sabah, kerana sebahagian besar kaum Cina di sana tinggal di Kota Kinabalu dan Sandakan, manakala sebuah lagi bandar besar, Tawau, hanya mempunyai 30 peratus pengundi Cina.

Paling menarik pada PRU-12,daripada keseluruhan 222 kerusi Parlimen, hanya 45 merupakan kerusi majoriti kaum Cina dan semuanya dimenangi Pembangkang.

Oleh itu, persoalannya ialah apakah pendirian kaum cina pada PRU-13 akan datang? apa kah terus menyokong pembangkang? atau akan berubah haluan selepas debat Lim Guan Eng Dr Chua Soi Lek?

No comments:

Blog Archive