Saturday, January 21, 2012

Sodomi II: Rayuan Saiful tertunai

Saiful berbaju cerah berdiri disebelah Anwar.
Akhirnya Pejabat Peguam Negara membuat rayuan terhadap pembebasan Anwar pada 9 Januari lalu.

Pejabat Peguam Negara telah mefailkan rayuan semalam.

Dikeranakan Peguam Negara membuat rayuan, maka Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Md Diah perlu mengemukakan penghakiman tertulisnya dalam tempoh 14 hari daripada tarkih rayuan.

Hakim itu telah membebaskan dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun, 2008 di sebuah Kondominium, di Bukit Damnasara antara pukul 3.01-4.30 petang.

Berasaskan kepada penghakiman tertulis itu, pihak pendakwaraya akan mengkaji, apakah akan meneruskan rayuan ataupun tidak. Namun, Peguam Cara II Datuk Yusof Zainal Abiden sebelum ini berkata, bahawa pihak pendakwaraya mempunyai bukti-bukti yang jelas mensabitkan Anwar, atas sebab itu beliau mencadangkan agar rayuan dibuat.

Nampaknya, kita akan dapat mengikuti perkembangan sodomi II Anwar dalam masa terdekat.

Jika Anwar didapati bersalah oleh mahkamah rayuan, maka Anwar boleh membuat semakan kehakiman pada mahkmah Persekutuan, mahkamah paling tinggi dalam negara ini.

No comments:

Blog Archive