Saturday, January 07, 2012

Pembaharuan Najib tidak mengena

MESKIPUN, Najib telah melakukan berbagai pembaharuan semenjak mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada April, 2009, namun sifat pembaharuan itu sendiri terasa oleh umno sendiri membawa banyak kemunduran kepada kaum melayu.

Atas sebab itu, ramai di kalangan akar umbi ahli umno dan juga Perkasa memberi tentangan terhadap pembaharuan tersebut.

Tindakan awal Najib menghapuskan Kementerian Usahawan misalnya, lebih memberi impak negatif terhadap pemerintahan Najib.

Penghapusan ISA, tidak banyak membantu pemerintahan Najib, kerana isu itu bukan isu sebenar akar umbi.

Isu sebenar akar umbi adalah kenaikan harga barangan yang tidak terkawal, isu rasuah dikalangan para pemimpin atasan termasuk para pegawai kerajaan.

Penumpuhan projek mega di lembah Klang, sedangkan kawasan tersebut bukanlah penyokong kerajaan, membuatkan rakyat di kawasan-kawasan lain yang memberi sokongan kepada Bn/Umno terasa terkilan.

Pembangunan projek mega, hanya menguntungkan beberapa kerat manusia, bukan bersifat massa, berlainan dengan projek rakyat seperti pembangunan ladang, jelapang padi, perkebunan dan industri kecil dan sederhana.

Isu pengabungan MAS dan Airasia, telah menjadi isu utama bagi rakyat Sabah dan Sarawak. Airasia yang membawa slogan "everybody can fly" bukan lagi airasia seperti pada mula-mula beroperasi. Tambang kapal terbang itu telah meningkat naik tanpa terkawal lagi, kerana ianya telah menjadi syarikat monopoli.

Perbagai insentif kepada kakitangan awam, felda yang diumumkan saban tahun, menjadikan rakyat lain cemburu, sedangkan tidak semestinya kakitangan awam itu penyokong kerajaan. Bukti nyata, apabila pada PRU-12, di kawasan Parlimen putrajaya, hampir separuh pengundi di Pusat pentadbiran negara itu mengundi pembangkang, sedangkan kita tahu, bahawa 90 peratus daftar undi di parlimen tersebut adalah kakitangan awam dan keluarga mereka.

PRU-13 semakin hampir, apa kah Najib mempunyai masa memperbetulkan keadaan? sedangkan pihak pembangkang mempunyai memontum mendedahkan pelbagai kelemahan kerajaan termasuk NFC?, kes Khir Toyo dan lain-lainnya.

No comments:

Blog Archive