Thursday, January 12, 2012

Pas telah tutup pintu pada Hassan Ali

Walaupun Dr Hassan Ali mempunyai peluang untuk merayu pemecatannya daripada Pas Ahad lalu, namun nampak gayanya parti itu telah menutup pintu kepadanya.

Seharusnya parti itu menunggu tempoh masa 30 hari sebelum memaklumkan kepada kerajaan selangor tentang pemecatan exco kanan kerajaan Selangor itu, namun PAS telah memaklumkan kerajaan Selangor yang diketuai oleh Khalid Ibrahim daripada PKR, bahawa Hassan bukan lagi ahli parti Pas sejak Ahad lalu.

Nampaknya Pas beranggapan bahawa Hassan merupakan liabilti besar parti itu, atas sebab itu semua tindakan dilakukan dengan serta merta.

Apa kah pemecatan Hassan mempunyai impak kepada Pas pada PRU-13 akan datang? hanya penyokong Hassan dapat merungkainya.

No comments:

Blog Archive