Datuk VK Liew (berbaju putih)
MALAM diambang tahun 2012, Bandar Sandakan, Sabah tidak ketinggalan menyambut kedatangan tahun naga, tahun 2012.Menurut para penganalis kewangan, sempena tahun naga, negara akan menikmati kemajuan berbanding tahun 2011.
Countdown 2012 diadakan di Square dan Bandaran Sandakan yang turut dihadiri MP Sandakan, merangkap Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong bersama-sama Timbalan Presiden Perbandaran Sandakan haji Hamsan Sappian, orang kenamaan dan lebih 5,000 penduduk Sandakan dari semua lapisan.
Kehadiran penduduk sempena countdown tahun 2012 yang terdiri dari berbagai lapisan menggambarkan rakyat 1Malaysia yang sebenarnya.
Dalam ucapan MP Sandakan, beliau sungguh terharu bahawa ikatan yang senantiasa ada antara berbagai kaum, merupakan asas kepada perpaduan dalam negara.
Untuk itu, menurut beliau perpaduan itu harus terus disemarakan demi generasi akan datang dan kelangsungan negara tercinta.
Beliau juga berharap, apapun propaganda yang cuba merenggangkan dan merosakkan perpaduan rakyat berbilang kaum perlu diketepikan.
Selain itu, VK Liew juga berharap, agar penduduk Sandakan terus menyokong kerajaan yang ada demi kelangsungan pembangunan yang telah dirancang untuk rakyat.
Di Sabah selain Sandakan, Kota Kinablau dan Tawau juga menyambut kedatangan tahun 2012 dengan penuh harapan.
Countdown Tahun 2012 dimeriahkan dengan pertunjukkan bunga api dan pertunjukkan kebudayaan bersama beberapa artis tempatan.Acara bermula sejak 7 malam dan berakhir pada 12.30 1-1-2012.
Majlis sambutan kedatangan tahun 2012 dikordinasikan oleh Pejabat MP Sandakan, Lembaga Bandaran Sandakan dibantu oleh FM Sandakan dan RTM Sabah.
No comments:
Post a Comment