Saturday, January 07, 2012

Azmin ganti Anwar?

9 Januari penentuan samada Anwar kehilangan kelayakkan sebagai ahli yang berhormat. Kalau mahkamah mendapati Anwar sabit kesalahan kerana meliwat dan dihukum lebih setahun, maka secara automatik Anwar kehilangan kelayakan untuk bertanding dalam pilihanraya dan ahli Yang Berhormat.

Apabila itu berlaku, maka Azmin bersedia menggantikan Anwar sebagai pemimpin Umum PKR dan Defacto Leader Pakatan Rakyat. Ertinya, apabila PR menang pilihanraya, maka Azmin bakal dilantik sebagai Perdana Menteri.

Azmin akan menjadi Perdana Menteri sementara Pakatan Rakyat, sementara menunggu proses pengampunan Anwar daripada SPB Agong.

Nampaknya Pakatan hanya berlegar-legar di gelanggangnya sendiri, tanpa memikirkan kehendak rakyat majoriti.

Mereka belum tahu, bahawa rakyat majoriti, belum bersedia menerima kerjaan yang dibentuk atas dasar dendam kerana kerajaan seperti itu akan diselubungi dengan dendam kesumat.

Rakyat majoriti tahu betul, bahawa perjuangan Pakatan Rakyat hanya untuk menobatkan Anwar sebagai Perdana menteri, atas sebab itulah mereka menggerakan 901 untuk mendesak dan menguggut mahkamah agar tidak memutuskan berasaskan fakta dan kebenaran.

No comments:

Blog Archive