Monday, December 26, 2011

Shahrizat selak kain sendiri

AKIBAT desakkan bertubi-tubi daripada pemimpin Umno, kerana isu NFC, Shahrizat Abdul Jalil, terlepas cakap: SIAPA PEMIMPIN UMNO YANG TIADA MASALAH?

Kenyataan SPONTAN Ketua Wanita Umno itu, bagaikan halilintar, seolah-olah Senator itu melepaskan dendam yang sukar dilumatkan.

Kenyataan itu, bersamaan pula seorang pemimpin Umno didapati bersalah kerana rasuah.

Kenyataan daripada seorang pemimpin seperti Shahrizat, yang jika menurut urutan parti adalah orang ke tiga; maka sudah tentunya mempunyai bobot tersendiri.

Kini, selain pembangkang yang saban hari mendakwa bahawa para pemimpin Umno adalah mereka yang mengamalkan rasuah, salahguna kuasa, nepotisme, kronisme, maka dengan kenyataan Shahrizat, seolah menambah garam pada luka.

Shahrizat dilihat banyak pihak berusaha meneggakkan benang basah dalam isu NFC. Meskipun, secara undang-undang, Menteri itu tidaklah terlibat, namun secara moralnya beliau terpalit.

Sebelum ini, Shahrizat pernah berkata, bahawa kedudukkan beliau diserahkan kepada Perdana Menteri dan juga Presiden Umno, namun apabila beliau mengeluarkan kenyataan itu, rupanya beliau tidak ikhlas.

Perbuatan Shahrizat, ibarat menyelak kain sendiri.

No comments:

Blog Archive