Latest News

Malaysiakini persoal mengapa blogger boleh turut menyelam KD Tun Razak

Malaysiakini persoal mengapa blogger pro-BN Papagomo boleh turut serta menyelam bersama KD Tun Razak.

Semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang bersama dua Timbalannya menyelam bersama KD Tun Razak selama 90 minit, untuk membuktikan bahawa kapal selam Malaysia itu, boleh menyelam.

Semenenjak Kapal Selam Malaysia diserahkan pada negara pada tahun 2007, pihak pembangkang mendakwa bahawa kapal selam jenis Scorpene itu tidak mampu menyelam.

Sebelum, menaiki KD Tun Razak, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tiba di lapangan Terbang Langkawi menaiki sebuah helikopter diiringi oleh blogger Zikri Mohammed, yang menulis di bawah nama 'Big Dog',.

Selepas kembali ke pangkalan, Lim Guan Eng sepatutnya memberi gambaran yang benar mengenai kemampuan kapal selam itu, untuk menepis dakwaan mereka selama ini, namun beliau langsung tidak memberi penafian mengenai dakwaan tersebut, sebaliknya membuka isu baru, yakni mengenai "kos" pembelian.

Bagi pembangkang, apapun layanan yang akan diberikan oleh kerajaan, tidak akan dibalas dengan kebaikan, sebaliknya mereka tetap akan berperlikau seperti melepaskan anjing tersepit.

Pelawaan Menteri Pertahanan, Datuk Zahid kepada Lim Guan Eng untuk menyelam bersama KD Tun Razak, adalah usaha sia-sia, kerana Setiausaha Agong DAP itu, tidak akan sanggup memberi gambaran yang sebenarnya mengenai kapal selam Malaysia itu.

0 Response to "Malaysiakini persoal mengapa blogger boleh turut menyelam KD Tun Razak"

Blog Archive