Saturday, December 31, 2011

Contohi saya- kata Robert Phang kepada Shahrizat, Awang Adek

Bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Robert Phang hari ini menasihatkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin supaya mencontohi tindakannya dan meletak jawatan apabila berdepan dengan tuduhan rasuah.

"Ketika saya berada dalam lembaga penasihat SPRM, saya telah membangkitkan banyak penyelewengan terhadap bekas menteri besar Selangor, Datuk Dr Khir Toyo dan bekas pengerusi MAS, Tan Sri Tajudin Ramli, kemudian seorang penulis blog menuduh saya beri rasuah untuk kontrak kerajaan.

"Saya menawarkan diri untuk meletakkan jawatan daripada lembaga penasihat itu kerana SPRM perlu menjalankan siasatan.

"Saya tidak boleh berada dalam lembaga itu, atau orang akan kata saya cuba mempengaruhi siasatan," katanya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibunegara hari ini, Phang berkata begitu juga yang sepatutnya dilakukan oleh Shahrizat dan Awang Adek, dengan meletak jawatan.

Katanya, kedua-dua mereka perlu berada di luar kerajaan sehingga dibersihkan daripada tuduhan tersebut, kerana kehadiran mereka boleh menjejaskan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengalaman masa lalu, Tan Sri Muhammad Mohammad Taib Menteri Besar Selangor meletakan jawatan kerana ditangkap oleh kastam Australia kerana gagal mengistiharkan sejumlah wang semasa meninggalkan negara itu, demikian juga Menteri Besar yang menggantikan beliau, Datuk seri Abu Hassan Omar, melepaskan jawatan kerana dituduh terbabit membuat pengubahsuian rumah rasmi menteri besar. Selain itu, Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik juga meletakan jawatan, kerana didakwa ada skandal dengan gadis bawah umur.

Tujuan para pemimpin itu, supaya tidak meletakan diri mereka sebagai liabilti kepada kerajaan mahupun parti. Selain itu, sebarang tindakkan pihak-pihak terbabit, bebas daripada prasangka, bahawa ada unsur-unsur campur tangan daripada pihak-pihak yang terbabit.

Adalah satu kehormatan, apabila Shahrizat dan Awang Adek mencontohi tindakan para pemimpin terdahulu.

Satu yang perlu diingat, sokongan yang diperolehi daripada para penyokong sendiri, tiada makna langsung, kalau majoriti menolak.

Bertindaklah, sebelum semua tertungkup, kerana ego.

No comments:

Blog Archive