Sunday, December 11, 2011

BR1M: Berpusu-pusu rakyat dapatkan borang

KOORDINASI yang lemah, mengakibatkan berpusu-pusunya dan berebutnya rakyat untuk mendapatkan borang.

Nasib baik tiada insiden yang tidak baik berlaku, misalnya kematian kerana terpijak.

Telah dua bulan kerajaan umumkan pemberian BR1M melalui bajet 2012 oleh Perdana Menteri, rupanya cara pengagihan pemberian one-off itu tidak terkoordinasi.

Sepatutnya, pihak kerajaan telah lama mengumumkan tempat-tempat di mana borang-borang boleh diperolehi. Disebabkan "last minute", maka berlakunya, ribuan rakyat tertumpu pada satu-satu tempat.

Ini baru, pembahagian borang, belum lagi pengagihan wang!!

Kepada pihak pelaksana, ambillah itibar kejadian semalam.

No comments:

Blog Archive