Friday, December 02, 2011

Blogger sekali ketuk keluar UMNO

Musli Oli yang lebih dikenali sebagai Blogger Sekali Ketuk, keluar Umno dan masuk Parti Anwar Ibrahim, PKR. Penyerahan kemasukan sebagai ahli PKR akan disempurnakan pada esok hari 3 Disember, bertempat di Dewan Chung Hwa, Kota Belud, Sabah.

Musli Oli sebelum ini meletakan jawatan sebagai AJK BN kawasan P.169 Kota Belud.

Blogger sekali ketuk itu mengatakan bahawa asas utama beliau keluar Umno, kerana ke tidak adilan terhadap suku beliau, bajau.

Menunut Musli, apabila Umno mahu bertapak ke Sabah pada tahun 1990, para pemimpin UMNO Pusat mencari pemimpin daripada suku bajau- yakni Tun Mustapha Datu Harun, Tun Sakaran Dandai, Datu Salleh Tun Said dan Datuk Osu Sukam. Namun, apabila Umno sudah stabil, para pemimpin suku bajau tersebut dihilangkan kuasa dan digantikan.

Selain itu Musli mendakwa, borneonisasi, isu royalti minyak, 20 perkara bagi Sabah sehingga kini belum ditunaikan oleh kerajaan Pusat, walaupun Sabah telah 47 tahun menyertai Malaya membentuk Negara Malaysia.

Blogger itu juga akan menyertai PRU-13 akan datang dan bertanding di N.8 Usukan, Kota Belud.

Usukan adalah anak sulung Umno di Sabah, apabila Tun Mustapha bertanding di kawasan tersebut pada Februari 1991 dan menang.

No comments:

Blog Archive