Latest News

5.2 Juta Rakyat Dijangka Mohon BR1M

Kementerian Kewangan mensasarkan 5.2 juta rakyat Malaysia akan mendaftar untuk mendapatkan bantuan kewangan RM500 daripada program Bantuan Rayat 1Malaysia (BR1M).

Katakanlah setiap ISIRUMAH mempunyai keluarga 4 anggota, maka sekurang-kurangnya terdapat 20.8 juta rakyat negara ini hidup melalui pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.

Jumlah penduduk Malaysia (tidak rasmi) adalah 27juta, ini bermakna, kurang 7juta rakyat negara ini hidup dengan pendapatan di atas RM3,000 sebulan.

Pemberian BR1M bagi AYT adalah untuk melihat berapa ramai penduduk negara ini yang masih tergolong berpendapatan rendah.

Jika sasaran Kementerian Kewangan tersebut tercapai, maka mudahlahkerajaan merangka bagaimana meningkatkan pendapatan ISIRUMAH tersebut.

Untuk sementara, Kerajaan menentukan kumpulan sasaran adalah mereka yang terdiri daripada yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 bagi satu isi rumah serta ramai tangunggan, warga emas yang berumur 60 tahun ke atas dan ahli keluarga yang berdaftar di bawah program eKasih.

0 Response to "5.2 Juta Rakyat Dijangka Mohon BR1M"

Blog Archive