Wednesday, November 23, 2011

Syarikat Perancis didenda RM133 juta kerana memberi bayaran "kickback" selepas mendapat kontrak di Malaysia

SEBUAH Syarikat Perancis French engineering group Alstom didenda RM133 juta oleh penguasa Swiss kerana terbukti memberi "kickback" kepada kakitangan awam di tiga buah negara,Latvia, Tunisia dan Malaysia.

Syarikat Perancis itu adalah syarikat ke-2 daripada negera itu didenda, di mana sebelum ini Telco Firm Alcatel didenda RM435 juta kerana terlibat memberi "kickback" di Amerika Syarikat.

Syarikat-syarikat Perancis itu disiasat selama empat tahun, bagi menyiasat kontrak-kontrak yang diperolehi syarikat tersebut di 15 negara sejak tahun 1990.

Alstom telah diberikan kontrak oleh TNB bernilai RM2.8 bilion awal tahun ini untuk membina 1,000 megawat janakuasa litrik di Manjung, Perak.

Selain itu, Syarikat itu juga mendapat projek turnkey pada tahun 1994 dan 2000 untuk membina empat janakuasa termasuk 1,300MW di Lumut dan 670MW di Kuala Langat.

Syarikat itu juga diberi kontrak pada tahun 2003 dan 2004 untuk memasang kawalan alam sekitar di janakuasa Tanjung Bin dan Jimah.

Alstom juga menjadi pilihan TNB untuk memasang 125MW janakuasa menggunakan kuasa air pada janakuasa Hulu Terengganu pada tahun 2010.

July lalu, seorang bekas pengurus Alcatel telah didakwa di Mahkamah sessions Kuala Lumpur kerana memberikan rasuah RM25,000 kepada seorang pegawai Telekom Malaysia (TM) sebagai ganjaran untuk mendapatkan kontrak RM255 juta daripada TM.

No comments:

Blog Archive