Friday, November 11, 2011

Sah-Calon BN 2008 yang menang adalah winnable candidate

Setiausaha BN/Umno telah mengesahkan bahawa calon-calon BN yang menang pada PRU-12 lalu adalah "winnable candidate". Menurut beliau, untuk apa menggantikan calon-calon yang telah terbukti menang; kecuali mereka yang telah mengumumkan mahu bersara.

Melalui kenyataan itu, maka 140 MP BN yang telah menang pada PRU-12, on the paper akan terus dicalonkan pada PRU-13, demikian juga para ADUN yang menang, akan terus dipertahankan.

Untuk peringkat parlimen, BN hanya memilih calon yang boleh menang bagi 82 kawasan.

Melalui kenyataan tersebut, maka MP BN yang ada perlu memperkemas jentera, dan semua keperluan demi berhadapan dengan PRU-13.

Sekurang-kurangnya melalui kenyataan itu, gema politiking semakin kendur. Adalah tugas penyandang untuk mengendurkan semua politiking yang berlaku. MP bagi setiap kawasan perlu berkerja di semua peringkat, untuk merapatkan barisan.

No comments:

Blog Archive