Tuesday, November 22, 2011

Menjengkelkan: Di mana-mana lembu

SEPANJANG isu Fidlot didedahkan oleh Ketua Audit Negara, kemudian dikembangkan oleh Pakatan sebagai isu, dan kemudiannya menjadi isu nasional.

Jika sebelumnya sebahagian besar rakyat tidak mengetahuinya, kini telah menjadi isu di mana-mana termasuk di pedalaman Sabah.

Jika suatu ketika dahulu, tepatnya pada awal tahun 1995, Sabah mempunyai ladang lembu di Darwin Australia, peninggalan Kerajaan Tan Sri Harris Salleh. Fungsi ladang lembu itu adalah seperti NFC yang penuh kontraversi itu, namun walaupun ladang lembu Sabah di Darwin itu menguntungkan, namun dijual oleh kerajaan negeri kepada seseorang.

Yang peliknya isu penjulan tersebut tidak menjadi sorotan kerana tidak ditimbulkan dalam laporan Ketua Audit negara. Jika sekiranya sorotan diberikan kepada pejualan tersebut, sudah tentu akan terbongkar, bahawa selang beberapa bulan daripada pejualan tersebut, individu yang membelinya telah menjadi jutawan segera, kerana menjual semula ladang lembu itu dengan harga 6 kali ganda berbanding harga pembeliannya.

Isu ladang lembu Sabah yang dijual itu, kurang diketahui rakyat, kerana suara yang tidak sehaluan dengan kerajaan pada masa itu agak lunak.

Berlainan dengan isu NFC, di mana suara pembangkang dengan nyaring kedengaran, ditambah dengan aliran maklumat yang begitu pantas sekali, sehingga pihak kerajaan khilangan nafas untuk menjawab.

Isu NFC telah mengakibakant pucuk pimpinan Kerajaan daripada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri serta beberapa menteri terpaksa menjawab dan memperjelaskan mengenai isu tersebut. Malah, Timbalan Perdana Menteri dengan nada yang agak kecewa, mennyerahkan kepada rakyat untuk menilainya.

Jika sekiranya wang pinjaman daripada Kerajaan yang berjumlah RM250 juta dengan kadar faedah 2 peratus setahun itu, hanya digunakan untuk pembinaan, pengurusan NFC, sudah tentu isu ini tidak akan berkembang sebegini rupa, namun disebabkan sebahagian daripada wang itu dipesongkan untuk kegunaan lain, termasuk membeli kondominum, urusan lain yang tiada kaitan dengan NFC, maka atas sebab itu, NFC menjadi isu.

Di pihak kerajaan semasa melulusan pinjaman ini, niat murni kerajaan adalah untuk mengurangkan ketergantungan daripada daging import, selain itu, meneroka perniagaan lembu di negara ini. Namun, tujuan murni kerajaan itu disalahguna oleh beberapa kerat individu yang diberi amanah, maka tujuan murni kerajaan itu, menjadi pedang pembangkang menikam kerajaan.

Bagi AYT, sekiranya kerajaan Pusat mahu membina NFC yang bernilai RM250 juta itu, kenapa pula membiarkan Kerajaan Sabah pada tahun 1995,menjual ladang lembunya di Australia? tidak sampaipun RM60 juta.

No comments:

Blog Archive