Latest News

Koh tak tunai janji

Beberapa kumpulan dalam Gerakan dikatakan kecewa kerana presiden parti, Tan Sri Koh Tsu Koon masih belum melepaskan jawatannya sebagai pengerusi BN Pulau Pinang walaupun telah berjanji akan berbuat demikian.

Spekulasi politik bahawa Koh akan berundur dari politik Pulau Pinang telah berlegar di kalangan penyokong BN sejak kira-kira dua minggu yang lalu tetapi sehingga hari ini, masih belum jelas bila beliau mengumumkan perkara berkenaan.

Menurut sumber, kelewatan pengumum itu ada kaitan dengan khabar bahawa Koh sekali lagi "mengkhianati" pengganti pilihan iaitu, setiausaha agung Gerakan, Teng Chang Yeow. Ini berlaku, meskipun selepas mereka bermesyuarat buat kali kedua dan dengan Koh mengarahkan Teng supaya bersiap sedia untuk mengambil alih.

Situasi yang hampir sama berlaku pada pilihan raya umum 2008, apabila Koh gagal menamakan sama ada - Teng, Dr Teng Hock Nan atau Chia Kwang Chye - yang sepatut menggantikannya apabila beliau meninggalkan jawatan ketua menteri bagi bertugas sebagai menteri persekutuan.

Kegagalan Koh menamakan penggantinya membawa padah, apabila rakyat Pulau Pinang mengundi menolak BN dan Gerakan, khususnya dan sebaliknya menyerahkan kuasa kepada kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui DAP.

Teng, seorang bekas exco kerajaan negeri, baru-baru ini mangakui bahawa beliau bersedia untuk menerima cabaran untuk mengetuai Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang.

Adalah difahamkan bahawa Koh terpaksa menangguhkan keputusan menamakan penggantinya kerana Umno telah mendesak supaya jawatan berkenaan diserahkan kepada naib presiden Gerakan Ong Thean Lye, dan bukannya kepada Teng.

Koh, yang sepatutnya membangkitkan isu berkenaan pada mesyuarat majlis tertinggi BN Jumaat lalu, tidak berbuat demikian dan perkara itu terus dibiarkan tergantung.

0 Response to "Koh tak tunai janji"

Blog Archive