Wednesday, November 23, 2011

Isu NFC: Suami Sharizat disiasat polis

Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation (NFC) Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail merupakan antara lebih daripada tiga orang diambil keterangan oleh polis berhubung aduan kesalahan pecah amanah melibatkan projek ternakan lembu RM250 juta.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, berkata kenyataan Salleh direkodkan oleh pegawai penyiasat dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial.

Dipetik Bernama Online, Ismail berkata siasatan berjalan lancar sejak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merujuk kes itu kepada polis baru-baru ini.

“Lebih daripada tiga hingga empat orang dipanggil bagi memudahkan siasatan. Mohamad Salleh hadir di Jabatan Jenayah Komersial (di Bukit Aman) semalam untuk kenyataannya direkodkan.

“Polis sedang menyiasat perkara itu dari semua sudut,” katanya.

Sambil menyatakan beliau ada mendengar pelbagai versi kes itu, Ismail berkata orang ramai hendaklah mengelak membuat spekulasi.

Isu NFC timbul selepas laporan Ketua Audit Negara 2010 menarik perhatian bahawa projek itu tidak memenuhi sasaran yang ditetapkan kerajaan.

No comments:

Blog Archive