Tuesday, October 25, 2011

UIA main-main atas penggantungan Aziz Bari

SURAT tunjuk sebab adalah perkara lain; demikian juga penggantungan tugas adalah berasingan. Melihat kepada cara UIA menanggani isu Aziz Bari, nampaknya pentadbiran itu, tidak mahir dalam sistem manajemen.

Isu Aziz Bari menjadi polemik, apabila pensyarah undang-undang itu memberi komen berhubung titah Sultan Selangor yang berkaitan dengan serbuan JAIS terhadap Gereja Methodist Damansara Utama, pada Ogos lalu, kerana terdapatnya kegiatan memurtadkan penganut islam.

Sultan Selangor bertitah, bahawa memang terdapat unsur memesongkan aqidah umat islam oleh bukan islam, namun bukti kuat untuk dibawah ke mahkamah belum mencukupi.

Ekoran, komen Aziz terhadap titah Sultan itu, maka beberapa individu membuat laporan polis terhadapnya dan menuduh Aziz menghasut rakyat agar derhaka kepada raja-raja melayu.

Malah ada sebahagian pemimpin Umno, bersuara di dewan rakyat, meminta pihak UIA melakukan tindakkkan tata tertib terhadap Aziz, kerana mengeluarkan pendapat bercanggah dengan aspirasi universiti itu.

Ekoran laporan-laporan polis itu, maka pihak polis menjalankan siasatan termasuk merakam percakapan dengan Aziz.

Belumpun, siastan polis selesai, pihak UIA telah mengeluarkan surat tunjuk sebab dan kemudian menggantungnya daripada tugas.

Ekoran itu, maka desakan timbul daripada berbagai pihak, agar penggantungan Aziz ditarik balik.

Semalam, pihak UIA telahpun menarik balik penggantungan itu, sementara itu, Aziz juga sudah membalas surat tunjuk sebab sepertimana yang dikehendaki oleh majikannya.

No comments:

Blog Archive