Monday, September 12, 2011

Stay C

Penyanyi popular, Stacy, 21, tampil ringkas semasa pelancaran album terbarunya, Stay-C.

Menurut Stacy-penyanyi asal Sabah itu, dia lebih selesa dengan imej ringkas berseluar panjang ketat dan baju T, Stacy menjelaskan kelainan imej yang dilihat dalam album Stay-C itu hanyalah untuk memenuhi kehendak yang diingini pada album itu bagi menampakkan kematangan album keduanya yang turut memuatkan lagu berentak balada.

“Saya lebih selesa memakai pakaian yang ringkas dengan berseluar dan berbaju t apabila menari kerana kebanyakan lagu-lagu saya berentak rancak.

“Biarpun saya turut menyanyikan lagu balada untuk album kedua ini, tetapi saya tetap selesa memakai pakaian yang selesa kerana terdapat lagu rancak lain yang memerlukan saya menari,” katanya ketika sidang media dan pelancaran album Stay-C di Zeta Bar, Hotel Hilton, Kuala Lumpur.

No comments:

Blog Archive