Wednesday, July 06, 2011

Kenapa Ambiga pilih Stadium Merdeka?

Sebabnya lokasi Stadium Merdeka berada di tengah Bandar Kuala Lumpur. Walaupun perhimpunan dibenarkan dalam stadium, pergerakan peserta ke Stadium akan juga mengakibatkan kesesakan jalan raya.

Sudah tentu perserta himpunan tersebut akan datang berkumpulan, apatah lagi, Ambiga telah mengumumkan bahawa himpunan tersebut bermula pukul 2 petang 9 Julai.

Cuba lihat sekta asal perjalanan Himpunan BERSIH (ikhsan Malaysiakini)
Persoalannya sekarang apa akan berlaku semasa peserta menuju Stadium? Apa kah mereka ini tidak melakukan provokasi kepada pasukan keselamatan yang bertugas mengawal keadaan?

Pengalaman tahun 2007, para peserta Himpunan Bersihlah yang melakukan provokasi kepada pasukan polis untuk bertindak balas.

Jika Himpunan Bersih diadakan di Stadium Merdeka, kekuatiran orang ramai bahawa himpunan ini tidak mencetuskan huru hara masih dipertikai.

Kenapa Ambiga tidak memilih Stadium Shah Alam? sedangkan Menteri Besar negeri tersebut sudah memberi lampu hijau kepada Himpunan tersebut.

Pemilihan Stadium Merdeka, apa kah akan dibenarkan? sama-sama kita tunggu pengumuan pihak yang bertanggungjawab ke atas Stadium tersebut.

No comments:

Blog Archive