Sunday, June 05, 2011

Ulama Pas sepatutnya mencari kebenaran video seks Anwar: Muhiyiddin

"Mungkin pemimpin Pas termasuk ulamanya" telah tahu bahawa pelaku dalam video seks lucah yang didedahkan oleh Datuk T pada 21 Mac lalu, adalah Ketua Umum PKR-Anwar Ibrahim.

Oleh kerana Anwar terlibat dalam video seks tersebut, dewan ulama Pas, tiada pilihan lain, terpaksa mengutuk pendedahan tersebut, kerana kononya membabitkan jati diri seseorang.

Dewan ulama Pas juga mengutuk kerajaan, kerana tidak menyekat siaran video seks tersebut, baik di TV, media perdana mahupun blog serta media internet lainnya.

Jika benarlah, Pas berjuang berpaksikan kepada kebenaran, sepatutnya Muktamar Pas kali 57 ini, digunakan untuk mencari kebenaran di sebalik isu video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim; ini tidak kata Tan Sri Muhiyiddin, sebalikanya Pas mengorbankan prinsip-prinsip islam demi kepentingan politik.

Sayang, seharusnya Pas mempergunakan muktamar yang ada untuk melakukan pendirian, tentang seseorang pemimpin yang tercemar moralnya.

Anwar bukan sahaja berhadapan dengan video seks lucah, akan tetapi berhadapan dengan kes liwat yang sepatutnya bermula esok 6 Jun, 2011 dan Anwar merupakan saksi utama.

No comments:

Blog Archive