Thursday, June 09, 2011

Tuan Ibrahim Tuan Man rupanya percaya BOMOH juga

Apabila Malaysiakini membawa tajuk: Negara Kebajikan: Umno ibarat 'kena picit lada hitam' memetik kata-kata pesuruhjaya Pas Pahang itu "Apabila PAS mengutarakan negara berkebajikan, tak tersangka pula Umno yang mengelupor dengan istilah tersebut, bak kata tok bomoh, picit lada hitam pada jari kaki orang masuk hantu. Barangkali memang Umno ini dah lama kena rasuk… Cuma mungkin tak kena cara tiupnya saja."

Pas kini begitu yakin dengan perubahan prinsip perjuangan parti itu, apabila menciplak perjuangan dan prinsip UMNO.

Sepertimana kenyataan Nazri Aziz-AMT Umno, Pas kini telah menjadi "Umno-palsu", kerana kegahiraannya mengganti UMNO, maka tiada pilihan bagi parti islam itu, terpaksa mengubah prinsipnya.

KINI Pas dan UMNO adalah serupa; namun seperti kata Nazri, bezanya UMNO mempunyai rekod perkhidmatan, sedangkan Pas masih dilamun kata-kata retorik.

Bagaimana bijaknya seseorang itu MENIRU, ada sahaja kelemahan dan cacatnya, takut-takut- Pas hanya menjadi seperti tikus membaiki labu, labu bukan bertambah baik, malah busuk binasa.

Landasan negara kebajikan Pas-berasaskan apa yang dilakukan oleh UMNO- Pas akan baik tambah-demikianlah intipati ucapan dasar Presiden Pas Hadi Awang semasa membentangkan konsep negara berkebajikkan.

Negara Berkebajikkan Pas, berpijak pada apa sahaja yang UMNO telah lakukan, dari situlah Pas akan bertindak.

Takut-takut kalau Pas tersalah membaca data, sebab jika data itu sampah, maka hasilnya lebih teruk daripada sampah.

Bukan mudah menterjemahkan satu perancangan, sebab itu melalui manajemen ada istilah POAC-planning-organising-actuating-controlling; pendek kata, apa sahaja perancangan mesti mengalami proses. Bayi manusia, akan lengkap menjadi manusia-apabila telah berada dalam perut ibu selama 9bulan 10 hari-demikian ketentuan ilahi, apabila bayi itu dilahirkan memerlukan masa- untuk bertatih-mencuba berjalan-mencuba berlari dan seterusnya.

Namun Pas, bagi mengwujudkan Negara berkebajikkan seolah-olah ada kuasa ilahi-kun fa khun- aku kata jadilah-maka jadilah-tanpa proses.

Negara China memerlukan berabad lamanya untuk mengubah sistem sosialis kepada kapitalis, negara kesatuan soviet berpecah, apabila mengubah sistem perekonomian negara itu. Sebabnya-mereka tiada pengelaman dan rekod menguna pakai perekonomian kapitalis-mereka terpaksa try and error. Demikian juga akan berlaku kepada Pas-jika ditakdirkan diberi kepercayaan oleh rakyat-memerintah negara-Pemerintahan mereka terpaksa try and error-kerana mereka tiada pengelaman dan rekod.

Apabila ini berlaku, maka rakyat yang menjadi mangsa- mungkin itu sebabnya- Tuan Ibrahim Tuan Man kini memberisyarat- Bahawa BOMOH akan berperanan jika Pas dan DAP serta PKR membentuk kerajaan persekutuan.

No comments:

Blog Archive