Sunday, June 05, 2011

Saf Baru Pas: Apa sebenarnya yang baru??

TIADA yang pelik dalam pemilihan baru, pemimpin PAS. Mereka yang terpilih adalah orang-orang lama, cuma yang berbeza, mereka ini kononnya adalah kumpulan yang mewakili pembaharuan dalam Pas, aka kumpulan Erdogan.

Kumpulan ini telah mencuba mengambil alih kepimpinan Pas sejak tahun 2009, namun gagal; namun kali ini mereka berjaya.

Kumpulan Erdogan adalah kumpulan dalam Pas yang mahu mengenepikan kumpulan ulama, kerana menurut mereka, PAS tidak akan kemana-mana dalam lanskip politik negara, kerana pendekatan pemimpin ulama, senantiasa ditakuk lama.

Bagi kumpulan Erdogan, untuk memenagi hati rakyat, hendaklah pemimpin hendaklah bersadarkan kepada kecenderungan pemimpin itu bertindak ala aktivis, seperti demonstrasi jalanan, berani bertegang leher dan berani melawan undang-undang.

Berasaskan kepada faktor tersebut, maka individu seperti Mazlan Aliman-Presiden ANAK- mendapat undi tertinggi dalam AMT Pas.

Selain itu, kemenangan Mat Sabu, mengalahkan Ustaz Nasha dan Tuan Ibrahim Tuan Man, menunjukkan bahawa perwakilan Pas, berkehendakan individu yang mampu bersabung dengan para pemimpin Umno.

Mat Sabu terkenal dengan oratornya, kemampuannya memutar belit fakta; sifat-sifat Mat Sabu, tercermin apa yang ada pada Anwar Ibrahim.

Melalui perang siber dan maklumat tanpa sempadan dan isu-isu semasa, maka Pas memerlukan pemimpin seperti Mat Sabu, Hussam, Mahfuz dan Salahuddin.

Sebenarnya dalam pemelihian Saf baru Pas, tidak yang baru, kecuali pengenepian ulama sebagai pemimpin. Bagi Pas, adalah memadai, Presiden dan Murshidul Am dari kalangan ulama, yang lainnya patut disandang oleh mereka yang profesional.

Pada Muktmar kali ini, Pas berjudi dengan perubahan prinsip, yakni parti itu sepenuhnya telah melepaskan perjuangan meneggakkan negara islam. Malah, Presidennya mengatakan bahawa konsep negara islam itu tidak tertulis dalam Al-Quraan.

Melalui pengakuan Hadi itu, telah terdedahlah bahawa selama lebih 50 tahun, PAS berbohong dan menipu ahli-ahllinya dan para penyokongnya tentang negara islam.

Dengan pengakuan Hadi itu, parti dan pemimpinan yang paling gembira adalah DAP dan Karpal Singh; kerana ternyata penolakkan DAP dan Karpal Singh terhadap negara islam, sebenarnya adalah tindakan yang betul dan benar.

Kini PAS beralih kepada NEGARA KEBAJIKAN SEPERTIMANA PERJUANGAN UMNO DAN BN; dasarnya adalah PAS MAHU GANTI UMNO; apple perlu diganti dengan apple; atas sebab itu-Pas mengikut rentak UMNO.

Kini, terpulang kepada rakyat, mana yang perlu dipilih PARTI PEJUANG ASAL NEGARA KEBAJIKAN KAH ATAU PARTI YANG MENIRU PERJUANGAN ITU.

No comments:

Blog Archive