Tuesday, June 14, 2011

Jawatan Dr Hassan Ali masih selamat

Jawatan Exco Dr Hassan Ali masih selamat setakat ini. Pengakuan itu dibuat oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Menurut Khalid, perlantikan exco adalah bidang kuasanya atas nasihat Sultan Selangor.

Walau bagaimanapun, jika ada permintaan daripada Pas-bahawa Hassan perlu diganti, maka permintaan tersebut perlu dipersembahkan kepada Tuanku Sultan.

Hassan digugurkan sebagai Persurujaya Pas Selangor, ekoran Muktamar Pas yang ke-57 yang baru sahaja selesai.

Pada Muktamar itu, PAS menyaksikan bahawa golongan ulama telah kalah teruk, terutama bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib-naib Presiden. Bukan itu sahaja, di peringkat Jawatankuasa juga, golongan ulama diketepikan oleh perwakilan Pas.

Ada yang mengatakan bahawa pengguguran Hassan Ali sebagai Persurujaya Pas, kerana permusuhannya dengan wakil rakyat Shah Alam-Khalid Samad. Selain itu, Hassan juga tidak sebulu dengan Roonie Liu salah seorang exco kerajaan negeri daripada DAP.

Hassan juga, beberapa kali bertindak tidak sehaluan dengan kepimpinan Khalid-terutama dalam isu perlantikan SUK Selangor.

Di peringkat akar umbi- ramai yang dikatakan sangat bersifat eklusif, dan jarang turun padang, sehingga ramai pemimpin akar umbi Pas- beranggapan- beliau boleh menjadi liabiti kepada parti.

Selain itu, Hassan juga dikhabarkan sudah tidak popular di DUNnya sendiri- Gombak Setia-dan kemungkinan, jika beliau dicalonkan semula-Pas akan kehilangan kerusi DUN tersebut.

Hassan digantikan oleh ADUN Meru- Dr Rani Osman.

No comments:

Blog Archive