Monday, June 20, 2011

Betul juga kata Salahuddin Ayob-Himpunan Bersih untungkan peniaga

Bayangkan kalau yang berhimpun 300,000-maka baju T juga 300,000 helai, kalau harga RM10, maka sipejual baju T mendapat RM3juta!!- Turn over sebesar ini, mungkin memerlukan penjual baju T masa setahun untuk mendapatkan jualan sebegitu besar.

Sudah tentu yang berhimpun itu, perlu makan dan minum, katakan seorang juga berbelanja RM10-maka 3juta ringgit berlegar-legar di kocek kedai makanan dan dan restoran.

Jumlah ini lah yang dapat dibayangkan oleh Naib Presiden Pas itu, katakan dalam lingkungan 6-10 juta. Tetapi, akibat daripada perhimpunan itu, perniaggan di sekitar Kuala Lumpur akan kehilangan turn over antara 300-500 juta ringgit. Kalau tak percaya tanya peniaga yang menerima tempias akibat Bersih1. Masa itu, AYT ada restoran di KLCC-di tingkat 2-biasanya pada hari kelepasan am seperti hari itu, jumlah turn over antara 12-15k, namun pada hari itu dari 10 pagi ke 10 malam, hanya 1k. Yang buruknya lagi, selama lebih seminggu, jualan tidak kembali seperti biasa.

Jelaslah, jika himpunan Bersih2.0 yang turut disertai oleh Pemuda Umno dan Perkasa pada 9 julai, peniaga Kuala Lumpur daripada semula lapisan, akan kehilangan pendapatan.

Kawasan KL Central, KLCC, Pavilion, Time Sqaure, Jalan Tunku Abdul Rahman dan sekitarnya perniagaan sekitar tempat itu akan teruk. Selain itu, pendapatan tukang2 teksi, bas Ripid KL dan LRT akan juga terjejas.

Menjejaskan perniagaan satu perkara, namun perhimpunan juga akan menakutkan pelancong dan ada kemungkinan juga hura-hara seperti 13 mei 1969 akan berlaku.

Pihak polis bersiap sedialah.

No comments:

Blog Archive